Akhirnya, ZlziKrana Dan YusufBahrln SeIamat Diijabkbulkan, lni Gambar SekltarMajlis Akad Nlkah

Penyanyi Zizi Kirana dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon berusia 29 tahun, Yusuf Bahrin hari ini.

Zizi, 36, dilaporkan tidak menunggu masa lama untuk mengikat janji dan meneruskan hubungan cinta yang dibina, menurut sumber.

Difahamkan, mereka mulai rapat selepas sama-sama terbabit dalam program All Together Now Malaysia.

“Mereka dikatakan bakal melangsungkan pernikahan esok. Namun, maklumat lebih lanjut saya tidak dapat kongsikan,” kata sumber berkenaan. Malah, d.akwanya juga pernikahan dijangka akan berlangsung di sebuah masjid di ibu kota.

Sementara itu, tinjauan di Instagram Story Zizi mendapati penyanyi itu seakan-akan meninggalkan tanda tanya apabila memuat naik sepotong ayat al-Quran.

“Kami bertawakal kepada Allah,” tulisnya dalam bahasa Arab di Intagram Story.

Terdahulu pada awal September lalu, rakaman video Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang ketika sesi Instagram tular di media sosial sekali gus menguatkan lagi desas-desus keakraban mereka.

Mengulas mengenai panggilan sayang daripada Yusuf, Zizi berkata ia hanya sekadar gurauan namun dia tidak menolak jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh.

“Panggilan itu kami main-main sahaja tetapi tidak sangka ramai peminat yang memberi ‘lampu hijau’ terhadap kami. Bahkan ada juga yang mendoakan jodoh kami sehingga tular juga video itu dalam TikTok.

“Jika benar jodoh saya dengannya, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya lagi. Dalam pada itu, Zizi mengakui dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan jika diberi pilihan mahu bercinta selepas kahwin.

“Saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi biarlah masa yang menentukannya. Kalau boleh saya nak bercinta selepas kahwin sahaja,” katanya.

“Insya-Allah doakan yang baik-baik” Itu respons ringkas pelakon meningkat naik Yusuf Bahrin mengulas d.akwaan ramai kononnya akan bernikah dengan penyanyi popular, Zizi Kirana bulan depan.

Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, dia meminta semua mendoakan yang baik-baik sahaja dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara nikah tersebut.

Sebelum ini, Zizi tidak menafikan dia rapat dengan Yusuf dan tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan ada jodoh.

Sekitar Majlis Akad Nikah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : HM/IG/FB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*