AkhirnyaBisnes Sajat BakaISampai LeveI AntarabangsaSeIepas Di TemubuaI BBC, Nanti Femes Produk Aku Sampai Level Antarabangsa

Usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat akui berasa bangga apabila bakal ditemubual oleh sebuah portal berita antarabangsa terkenal, BBC.

Sajat Teruja

Menerusi sebuah hantaran di Insta-story nya sebentar tadi, Sajat atau nama sebenarnya Mohamad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan dirinya akan ditemubual oleh portal berkenaan selain berasa teruja untuk memulakan perniagaan barunya di Australia.

“Dihubungi oleh BBC News untuk ditemubual”

“Saya sangat teruja untuk berkongsi perniagaan baru yang saya ada di sini” tulis Sajat

Mahu Terkenal Di Peringkat Antarabangsa

Dalam pada itu, Sajat turut berharap agar jenama produknya akan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

“Suatu hari nanti, produk saya akan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa . Saya sangat teruja” katanya lagi

Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat akui bahawa semua perniagaannya di Malaysia telah pun dijual. Pendedahan itu dibuat Sajat menerusi sebuah sesi siaran langsung di Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam siaran itu, Sajat turut menjawab spekulasi status agama nya yang kononnya dikatakan sudah murtad dari agama Islam.

Dalam pendedahan susulan bersama pengacara Harith Iskander pula, Sajat akhirnya mengaku bahawa dirinya merupakan seorang transgender dan kini menetap di Australia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*