Aku kerja ada duit sendiri siap bagi nafkah. Tak ada aku heran duit kau sesen pun, Bekas Suami Jawab Isu Minta Beg Dekat Zarina Anjoulie

Umum mengetahui, pelakon, Zarina Anjoulie dan suaminya Eilyas Azhar telah sah berce.rai hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Anju sendiri di akaun Instagramnya.

Terbaru, Eilyas tampil menjelaskan apa yang berlaku di antara dirinya dengan Anju. Bukan itu sahaja, Eilyas dipercayai ingin memba.kar beg yang diberikan oleh Anju kepadanya petang nanti.

Supaya dia boleh dapat views

Alhamdulillah, aku dah c.erai. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views yang tinggi. Jom support dia guys. Bagi dia perhatian sebab semua orang, anjing, kucing tengah kisah dan hairan tentang dia. Ayuh support Anju. Bunga bukan sekuntum. Maruah sahaja la yang kena jaga. Maruah diri, keluarga dan anak-anak lagi. Dah cukup bersabar. Malas dah. Baik fokus diri sendiri.

Menurut Eilyas, dia bersyukur kerana akhirnya hubungan di antara mereka sudah berakhir. Tambah Eilyas, bekas isterinya itu hanya mahukan perhatian. Sepanjang perkahwinan, Eilyas memberitahu bahawa dia banyak bersabar. Ujarnya lagi, dia mahu fokus kepada diri sendiri selepas ini.

Aku dah banyak bagi muka sampai aku tak ada muka dah. Hiduplah kau dengan tenang. Inalillah. Aku ce.raikan Zarina Anjoulie dengan talak 1 sekarang. Mana tahu kang tetiba jap lagi cakap dia tak tahu ke. Hakim nak minta saksi tapi tak ada ke. Elok la aku selitkan lafaz dekat sini sekali. Dah la tu kot. Tak ada apa dah aku nak cakap. Have a good day semua. Bye.

Di samping itu, Eilyas turut memuat naik posting lafaz c.erai terhadap bekas isterinya. Jelas Eilyas, lafaz tersebut ditulis agar bekas isterinya tahu mengenai hal tersebut. Eilyas turut mendoakan supaya Anju lebih tenang selepas ini.

Petang ni ada upacara b.akar-b.akar

Selain menjelaskan apa yang berlaku, posting Eilyas hendak memba.kar beg yang diberikan oleh Anju turut mendapat perhatian ramai. Jelas Eilyas, petang ini akan ada upacara b.akar-ba.kar.

Siapa yang cakap aku macam budak-budak ke apa ke sebab asyik c.erai. Sekarang aku tiba-tiba up macam ni. Sebelum ni ada aku buat benda terk.utuk keji ni? Ada aku up ke? Aku diam sahaja. Real life dengan sosial media ni lain. Semuanya fake. Biar aku, keluarga dan Allah sahaja yang tahu. Bukan pertandingan pun siapa betul siapa salah. Siapa menang atau kalah.

Aku tolak tapi dia pa.ksa suruh ambil siap cakap ikhlas. Tu ikhlas dia kali kedua untuk beg bodoh ni. Jadi balik benda ni dia ulang. Ingat aku ada masa ka nak layan benda b.angang ni. Bakar sahaja la tak pun jual. Nak sembang hukum dengan aku bab ikhlas pun dia macam tak tahu apa maksud ikhlas. Aku dah bagitahu lama dah, kalau jadi lagi benda jijik ni aku memang b.akar terus. So, tak payah sembang sugar mummy la apa la. Aku kerja ada duit sendiri siap bagi nafkah. Tak ada aku heran duit kau sesen pun.

Eilyas turut bercerita mengenai beg yang diminta oleh Anju semula. Menurutnya, Anju telah memaksanya untuk memakai beg tersebut meskipun dirinya tidak mahu. Selepas c.erai tempoh hari, Eilyas dipercayai sudah memulangkannya semula dan Anju did.akwa memberikan semula kepadanya selepas mereka rujuk.

C.erai talak tiga terus la

Megah habis la tu ce.raikan aku dekat Instagram. Bro aku nak c.erai talak tiga terus. Kalau kau ada telur aku nak kau buat ye. Punya la batak views nak bakar beg aku belikan. Tapi duit RM500 yang aku bagi semalam kau simpan pula. Asal tak bakar sekali? Nampak sangat batak views. Bakar la duit aku kasi semalam tu.

Berikutan daripada posting Eilyas, Anju did.akwa membalas kenyatan tersebut. Ujar Anju, dia mahu dic.eraikan dengan talak tiga. Tambahnya, mengapa bekas suaminya itu tidak mahu memb.akar RM500 yang diberikan olehnya semalam termasuk telefon yang diberikan juga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Eilyas via Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*