LepasMengaku BersaIah, Pelak0n NiezamZaldi Akhlrnya Tampil DenganKata Kata Berlkut

Semalam pihak produksi sebuah telefilem tidak bertanggungjawab dengan penahanan pelakon Niezam Zaidi dan dua kru yang terlibat dalam pembikinan karya berkenaan kerana apa yang mereka lakukan itu adalah kes.alahan yang bersifat peribadi.

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, pembikinan telefilem berkenaan yang diadakan di Kuala Kangsar sebenarnya sudah berakhir pada Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang untuk menyambung penggambaran di Kuala Lumpur, melainkan Niezam yang telah tamat tugasnya.

“Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Terdahulu dilaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar dit.ahan dalam satu s.erbuan di sebuah rumah inap desa di Persiaran Jati Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Mereka dit.ahan dalam bilik berasingan kira-kira pukul 7.15 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Berikutan keja.dian itu netizen mula mend.edahkan mengenai identiti ketiga-tiga s.uspek termasuk mengaitkan nama pelakon Niezam Mohd Zaidi yang berasal dari Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, Syafiqa berkata dia dimaklumkan mengenai penahanan ketiga-tiga mereka pada Ahad namun tidak dapat mengulas lanjut kerana ia masih dalam s.iasatan pihak polis.

Katanya, pihak produksi memandang serius keja.dian itu dan telah mengambil ti.ndakan drastik untuk menggantikan pengarah dan pembantu pengarah berkenaan bagi menyelesaikan baki beberapa babak telefilem berkenaan.

“Penggambaran di Kuala Kangsar dah selesai, kita akan beralih ke lokasi di Kuala Lumpur pula. Kami akan menukar pengarah lain untuk menyelesaikan baki penggambaran.

“Cumanya masih belum tahu lagi bila penggambaran akan disambung… kita kena susun semula jadual, tapi berkemungkinan akan disambung dalam masa terdekat. Untuk adegan membabitkan pelakon itu pula, semua wataknya sudah selesai dilakukan,” katanya.

Mengaku Miliki Barang

Pelakon Niezam Zaidi mengaku bers.alah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa. Selain Niezam, dua lagi individu iaitu Mohd Latif Zami, 49, dan Saiful Zaidrin, 43, yang dit.ahan anggota polis dari bahagian S.iasatan j.enayah N.arkotik, Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Kangsar turut mengaku memiliki barang itu.

Ketiga-tiga mereka tiba di bangunan m.ahkamah kira-kira jam 12 tengah hari Selasa dengan pakaian l.okap polis berwarna ungu.

Tampil Mohon Maaf

Assalamualaikum semua,Saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua,saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai,media dan rakan2 seperjuangan melalui DM,whatsapp,call dan sebagainya.

Alhamdulillah,syukur pada ALLAH diatas apa yang terjadi & Jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini,semoga ALLAH merahmati kalian.

Buat masa sekarang,saya simpan apa2 comment mengenai i.su ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati,amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit: Mstar/IG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*