lni Respon Rita Rudaini Terhadap Tawaran Dari Stesyen TV, Masih Tak Ambil Vaksin Tapi Dapat Tawaran

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan terdapat sebuah stesen televisyen yang menawarkan kemunculannya untuk tujuan promosi. Namun Rita yang masih tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 itu enggan menerima tawaran tersebut.

“Ada stesen TV ni nak sistur muncul untuk promote…mmm. Ble pulak ya nak guna orang tak vaksin, tak takut ke sistur nanti mengancam nyawa. Sorry, lamberttt lagi,” tulisnya di Instagram Story.

Tambah Rita, kemunculan di TV mahupun secara dalam talian tetap dikira sebagai perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

“Muncul kat TV ke online ke offline ke, kira guna perkhidmatan orang tak vaksin juga, job juga tu ya. Sistur taknak jadi penyebab atau punca kes naik, so adil kan,” tulisnya lagi.

Taknak jadi penyebab kes naik

Rita terdahulu menjadi bualan hangat netizen apabila pernah berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya. Rita juga lebih selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.

Bukan antivaks! Rita Rudaini akhirnya dedah kenapa dia belum ambil vaksin lagi
Pelakon Rita Rudaini menafikan dia menolak untuk mengambil suntikan vaksin C0vid 19, sebaliknya berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila diiktiraf di seluruh dunia.

Rita mengakui dia dih.entam teruk netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya. Lebih menyedihkan apabila prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.

Rita menerusi hantaran di Instagram Story sebelum ini berkata, dia bingung dengan t.indakan segelintir pihak itu yang turut dirasakan dengki terhadapnya.

Bagaimanapun, Rita mendoakan mereka yang lengkap dua dos v.aksin dan bercadang pulang ke kampung halaman selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan kerajaan mulai semalam supaya menjaga kese.lamatan diri.

“Saya doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.

Menurut Rita, apa yang penting buat dirinya kini adalah menjaga kesihatan dirinya berbanding keluar berjalan-jalan.

“Bagi saya, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in. Apa yang penting sekarang adalah kes.ihatan. Itu keperluan asas saya sekarang,” katanya.

Sebab Sebenar

“Suntikan vaksin masih lagi berada dalam ujian klinikal dan uji kaji, malah dalam Parlimen pun tidak memaksa untuk mengambil vaksin. Ia tidak termaktub sebagai sesuatu yang wajib lagi.

“Saya juga tidak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan v.aksin. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah untuk menjaga kes.ihatan, bukan saya amalkan ilmu h.itam.

“Terpulang kepada individu sendiri, saya bukan menolak v.aksin atau anti, sebaliknya saya memerlukan sedikit masa lagi. Apabila tiba masanya, pasti saya akan mendapatkan v.aksin juga.

Lagipun, saya jenis yang gemar duduk di rumah. Saya membeli barang keperluan secara dalam talian saja. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, saya hanya keluar jika ada urusan saja,” katanya.

Berkongsi mengenai sumber pendapatan, Rita bersyukur kerana rezekinya tidak p.utus biarpun diduga dengan pelbagai tohmahan dan cemuhan.

“Alhamdulillah. Walaupun tidak dibenarkan menjalani penggambaran, namun rezeki Allah datang daripada pelbagai sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia.

“Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, jadi saya bersetuju untuk tidak berlakon buat sementara waktu. Saya kini bergantung kepada perniagaan minyak wangi yang diusahakan dan kini sudah mencapai lebih 40 cawangan di pusat beli-belah AEON.

“Insya-Allah, sekiranya dipermudahkan minyak wangi saya ini bakal berada di 40 hingga 50 cawangan Watson pula. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana,” katanya.

Baru je menteri KJ umum akan berkeras pada yang men0lak vaksin, sekali Rita Rudaini dan Zul Yahya mula bersuara

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang men0 lak vksin.

Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin.

Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara yang kelihatan menyuarakan pandangan mereka adalah pelakon Zul Yahya dan Rita Rudaini.

Menerusi satu hantaran di Instagram Zul Yahya, keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.

“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami.

“Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.

Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjenay4h atau pun penggan4s.

“Mereka juga ada dalam kalangan orang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu somb0 ng dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.

Sementara itu, aktres Rita Rudaini turut berpandangan yang sama. Menurut Rita, dia menyuarakan pendapatnya tentang vksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat.

“Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.

“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan mel4wan kerajaan, kita bukan buat jenayah

Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Sumber: gempak, HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*