PunyaIahSombong, Rita BersvaraSetakat Rentas Negeri Atau Kampung Tak Penting Pon Bagi Aku

Rentetan kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri bermula semalam, pelakon sensasi Rita Rudaini berkata, dia langsung tidak kisah jika tidak dapat berbuat demikian kerana lebih mementingkan soal kesihatan dirinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Rita, 45, berkata, menjaga kesihatan merupakan kepentingan buatnya pada waktu ini dan menjadi keperluan asas dirinya.

“Bagi aku, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in (makan di restoran). Aku tak batak.

“Apa yang penting bagi aku sekarang kesihatan. Itu keperluan asas aku sekarang,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar meluahkan rasa hairan terhadap orang ramai yang cukup syarat untuk merentas negeri apabila masih bersikap busuk hati dan dengki dengan dirinya.

“Kamu yang dapat rentas dan dine-in masih nak dengki busuk dengan aku? Memang lawak terbaik!” katanya.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon filem Mami Jarum itu tidak lupa mendoakan orang ramai yang selama ini menghent4m dirinya dan berhasrat untuk melakukan aktiviti perjalanan rentas negeri supaya selamat tiba ke destinasi masing-masing.

“Sister (saya) doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.

“Kita saudara sesama Islam. Takkan perangai macam hanjing (anjing) hari-hari? Tak penat ke menganjing (memerli) dan jadi anjing?” tulisnya berbaur sinis.

Malah pelakon itu turut memerli golongan yang sering mem4ki h4mun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.

“Patut kita lawan C0v1d19. Tapi sekarang Islam berg4duh dengan Islam. 24 jam mulut tu kej1, mak1, h4mun. Eh, silap! Mereka ‘berzikir’,” sindirnya.

Sebelum ini, Rita mengakui tidak kisah jika namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod sekalipun gara-gara berstatus tanpa v4ks1nasi C0v1d-19.

Namanya mula menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan v4ks1n C0v1d19.

Rita juga pernah bersuara membidas tohm4han seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antiv4ks1n dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Kosmo Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*