SeteIahBergeIar SingIe, Nadia Brian Semakin Lama Semakin BeraniMenonjoI Dengan Gaya Ala HoIIywood

Pelakon wanita, Nadia Brian sekali lagi telah mencuri perhatian netizen di media sosial gara-gara memuatnaik gambar dirinya yang kelihatan sedikit menjolok mata.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, memuatnaik gambar dirinya semasa berada di negeri Johor ketika sedang melakukan satu penggambaran di sana.

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Nadia, dia sekali lagi telah dikecam oleh netizen kerana didakwa mendedahkan bahagian badan yang terlihat seksi dan menjolok mata.

Nadia yang mengenakan baju berwarna hitam gelap, telah memperlihatkan bahagian perut dan atas dadanya yang terlihat sedikit terdedah kerana memakai baju yang singkat.

Pelakon Nadia Brian yang turut menulis kapsyen “Girl, do it for you #NadiaBrian,” tulisnya.

Menurut pengikutnya, Nadia didakwa seakan tidak menjaga sensiviti, malah tidak menjaga aurat sebagai seorang wanita beragama Islam.

“Muka lawa tapi sayang hurm”

“Tak pakai spendar ke kak”

“Semoga allah datangkan hidayah, aamiin”

“Jagalah aurat awak,” komen pengikutnya.

Meskipun berkali-kali dikecam dan dikritik, namun pelakon ini didakwa seakan tidak peduli malah mengendahkan sahaja kecaman-kecaman yang sering diterimanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*