Shuib & Siti Sarah Hadiahkan 2 Rumah Baru Kepada Mngsa Kebak4ran

Pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah membantu untuk meringankan beban dua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan terbakar semalam.

Berada di Kelantan untuk menguruskan pelancaran kedai minuman milik mereka, Shuib dan Sarah mengambil kesempatan untuk menziarahi dua keluarga itu serta mahu mengurangkan beban yang ditanggung.

Menerusi hantaran Instagram terbaru Sarah, dia dan suami mencari rumah sewa untuk didiami dan pasangan itu juga bakal membina rumah baru untuk dua keluarga ini.

“Kebetulan semalam pembukaan Bubble Bee di Kelantan, ada orang beritahu mengenai dua buah rumah terbakar dan tak jauh dari tempat kami buat pelancaran.

“Saya terus tergerak hati nak ajak Shuib dan team ke sana. Sampai je kat sana, tengok rumah kak Halimah dan kak Hawa, hati Sarah macam nak pecah. Bayangkan, dalam masa setengah jam dua rumah hang0s terbakar.

“Allah! Memang saya tak dapat nak bayangkan, benda ni terjadi pukul 3.30 pagi. Kita semua ni tengah tidur nyenyak, mereka berlari selamatkan diri dari api sampai tak sempat nak selamatkan barang-barang.

“Apatah lagi, saya yang sampai ke rumah mereka petang semalam, kesan kebakaran masih berasap tak habis lagi.

“Saya membayangkan sekiranya benda ini terjadi pada keluarga kita sendiri. Dalam keadaan macam ni kita doakan yang dua keluarga ini dipermudahkan segala urusan dan kuat lalui ujian ini.

“Insya-Allah Sarah dan Shuib akan cuba bantu dua keluarga ni. Buat masa sekarang ni mak cik dah pilih rumah untuk di sewa semantara dan Insya-Allah kami bantu buatkan dua rumah yang baru secepat mungkin. Minta semua doakan agar semua urusan dipermudahkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuib dalam hantaran Instagram terbarunya bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu.

“Alhamdulillah diberi peluang untuk membantu. Sedih bila dapat tahu kejadian ini. Dua rumah dijilat api hanya dalam masa 30 minit. Sedih, tapi luar biasa skali redha Kak Mah dan Makcik Siti Hawa.

“Insya-Allah #BubbleBee hadiahkan dua buah rumah kepada mereka. Terima kasih kepada wakil penduduk, badan-badan berwajib juga individu-individu yang terlibat memudahkan urusan ini, Semoga impian kami untuk menyiapkan rumah mereka dipermudahkan. Doakan kami,” tulis Shuib.

Terdahulu, rumah yang didiami oleh penjual kuih, Halimah Mayin, 60, bersama keluarga di Kampung Alor Bakat, Bachok musnah dijilat api pada pagi Sabtu.

Kejadian itu juga melibatkan jiran mereka, seorang ibu tunggal warga emas, Siti Hawa Hamat, 71, yang tinggal tujuh beranak termasuk cucu yang berusia 10 bulan.

Terima kasih kepada Shuib dam Siti Sarah, prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini.

Sumber, foto & video dipetik dari Xtra, H.Metr0, Instagram Siti Sarah & Shuib Sepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*