Siti Nurhaliza PersoaI Logik ke Saya Tengah Live Waktu Berkenaan Tak Masvk AkaI

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram meminta peminat dan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan peniipuan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan ganjaran kepada mereka yang menonton.

Menurut Siti, dia menegaskan bahawa itu adalah ‘sc4mmer’ yang berniat jahat bagi kepentingan peribadi dan meniipu masyarkat.

“Tolong jangan percaya!”

“Makin rancak sind1ket dengan agenda peniipuan mereka ini.

“Tolong jangan terpedaya, mereka siarkan video siaran langsung seolah-olah saya benar-benar sedang buat sesi siaran langsung ketika itu, dan menganjurkan peraduan dengan pelbagai ganjaran.

“Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda ditiipu! Ini sc4mmer!” katanya.

Siti berkata, individu tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan itu pada waktu yang tidak masuk akal.

“Mereka buat sesi siaran langsung masa orang tidur, logik ke saya tengah ‘live’ waktu berkenaan? Boleh tengok di Instagram atau Facebook saya, Ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.

“Walaupun mereka tulis siaran langsung di page Facebook saya tapi jika kita peka mengenai peniipuan ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terpedaya,” katanya.

Siti juga meminta individu tidak bertanggungjawab itu supaya insaf dan berhenti melakukan tindakan terbabit.

“Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta meniipu orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini.

“Hari ini kita seronok meniipu orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.

“Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan peniipuan seperti ini. Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah peniipuan dan jangan terpedaya!” katanya.

Siti turut berkongsi beberapa tangkap layar gambar akaun Facebook palsu yang menggunakan video dan imejnya.

Pada 24 Januari lalu, menerusi satu hantaran di Instagram, Siti berkongsi masih terdapat pihak yang ‘menyamar’ dengan menggunakan gambarnya dalam urusan perniagaan.

“Apabila saya muat naik mengenai akaun ‘sc4mmer’, rupanya banyak lagi yang gunakan gambar saya dan jadikan akaun untuk bisnes lain pula.

“Saya memang tidak ada masalah nak sokong perniagaan sesiapa saja dan saya tahu dalam keadaan sekarang semua orang terjejas tetapi jika salah guna, meniipu dan juga gunakan pula gambar saya, ini perbuatan yang tidak betul.

“Janganlah berniaga dengan memperdaya orang. Carilah keberkatan di dalam apa jua yang kita buat. Tolong jangan terpedaya dan sila lapor akaun yang guna nama saya,” katanya.

Siti dengan tegas meminta pihak berkeaan untuk memadam akaun itu sebelum sebarang tindakan tegas diambil.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas.” ujar Siti.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*