Sok0ng perh1mpvnan Iawan Edika Yusof dik3cam tervk bagi k0men tak masvk akaI

Pelakon popular era 90 an, Edika Yusof telah mengundang kecaman dan kemarahan pengguna media sosial apabila telah memberi komen yang kurang bijak dan tidak masuk akal di satu laman portal berita.

Dakwaan ini berlaku apabila Edika telah memberikan komen pada satu hantaran oleh portal berkenaan mengenai demontrasi jalanan haram yang sedang dilakukan di ibu kota kini.

Komen yang ditulis oleh Edika Yusof di ruangan komen sebuah portal berita tempatan.

“Ni rakyat…bukan parti politik,yang berani kerana benar, kalau tak buat macam ni ramai lagi akan mati tolong hormat sekurangnya mereka berani,” komen Edika

Sumber: Harian Metro

Selain itu, Edika juga ibarat mencurahkan minyak ke dalam api kepada pengguna media sosial apabila memberikan kenyataan perhimpunan berkenaan adalah selamat dan bebas daripada jangkitan COVID-19 kerana ianya dilakukan secara terbuka.

“secara terbuka selamat dan ada vitamin d daripada matahari untuk bunuh virus, insyaallah,” ujar Edika di komen portal berkenaan.

Ekoran daripada komen yang dibuat oleh Edika berkenaan telah mengundang lebih 200 respon, rata-rata melemparkan kemarahan dan menyelar pelakon itu kerana didakwa tidak berfikir dahulu sebelum membuat sebarang komen.

“Artis jarang bijak. Ni cuma macai-macai politik. Rakyat duduk rumah, patuhi SOP”

“Edika Yusof T*ik kau..dah berhimpun macam ni nk cari mampus ka apa, ke memang kebal dari penyakit, sat lagi kes naik kluster bodoh macam ni nak salah kan kerajaan, bodoh!.”

“betul tu, pom pang pom pang kat sini tapi dia sendiri tak pergi berarak, anj*r”

“Kepala hotak dia berani kerana benar. Kalau betul berjemur boleh bunuh virus, biar semua orang berjemur saja tengah panas setiap, kes pun turun!.”

“vitamin d bunuh virus? Kau petik dari mana?,”antara komen netizen menyelar pelakon ini

Sumber: Harian Metro

Turut kelihatan Chua Tian Chang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipercayai menjadi watak penting dalam perhimpunan ini berada di perhimpunan haram tersebut.

Chua Tian Chang yang dilihat telah dalam demontrasi berkenaan.

Perhimpunan ini dibuat ketika Proklamasi Darurat masih berkuatkuasa dan berhimpun pada waktu PKP dan COVID-19 dan melanggar segala SOP adalah satu tindakan yang tidak bijak kerana pada waktu ini ianya merupakan satu kesalahan yang termasuk dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sumber: Sinar Harian

Difahamkan juga, demontrasi berkenaan telah melibatkan beberapa sebahagian peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi perhimpunan “Keluar dan Lawan” di sekitar Kuala Lumpur.

Perhimpunan berkenaan yang dibuat oleh Sekretariat Solidariti Rakyat dilihat berselindung dari tangan-tangan politik yang didakwa mempergunakan anak muda tatkala negara kini sedang bertarung melawan pandemik COVID-19.

Perhimpunan seperti boleh mengakibatkan peserta, ahli keluarga, dan masyarakat sekitar terdedah kepada jangkitan virus COVID-19.

Perhimpunan ini jelas bermotifkan politik dan amatlah malang bagi anak muda yang menyertai perhimpunan ini di eksploitasi oleh pihak berkepentingan terbabit tanpa peduli akan risiko dan nyawa peserta yang terdedah pada jangkitan COVID-19.

Musuh kita bersama adalah virus COVID-19, bukan sesama kita. Ayuh kita bersatu padu, berdoa, dan memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP agar negara, dan kita semua dapat segera keluar dari krisis kesihatan ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*