T4kziah, PeIakon Veteran Abu Bakar Omar TeIah MeninggaI Dvnia

Pelakon veteran, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre pada pukul 9.04 pagi tadi.

Anaknya, Zainuddin berkata, bapanya menin.ggal dunia akibat masalah jantung dan beberapa hari sebelum Allah.yarham ada mengadu kepenatan.

“Malam tadi kami ada ke hospital selepas ayah mengadu kepenatan. Selepas diperiksa, doktor ada memaklumkan jantung ayah seperti ada masalah.

Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia – Oi Jom

“Bapa saya tidak mempunyai sebarang penyakit kr.onik. Malam tadi pun boleh berbual-bual lagi,” katanya.

Jena.zah pelakon veteran itu akan diuruskan di kediamannya di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat asar.

Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini meninggal dunia di usia 73 tahun.

Allahyarham-Abu-Bakar-Omar

Sedikit info mengenai arwah,

Abu Bakar Omar (25 April 1948 – 16 April 2021) merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau Dilahirkan Di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan sepupu kepada bekas pengiring sultan Kelantan, Ahmad Tajuddin Shahabudin.

Sebagai pelakon, Abu Bakar banyak dicalonkan dan memenangi anugerah bersandarkan kualiti lakonannya baik di pentas, kaca TV mahupun layar perak. Berikut adalah antara anugerah yang pernah dimenanginya.

Pada tahun 2013, Abu Bakar Omar dan seorang rakan artis yang pernah membintangi filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan bergiat aktif hingga kini.

PAS Selangor – Pelakon Abu Bakar Omar turut menyampaikan..

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*