TentangIsu Semasa Di Malaysia, Lana NordinAkhirnya Berkongsi Pandangannya

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon Lana Nordin berkongsi pandangannya mengenai isu diskriminasi yang berlaku di tanah air dengan menunjukan klip video ceramah mengenai perbandingan negara-negara di dunia yang mempraktikkan gaya hidup Islam sebenar.

Negara Islam Belum Tentu Saling Menghormati

Mendengar klip video ceramah tersebut membuatkan Lana berkongsi pandangannya bahawa banyak perbezaan antara negara Islam dan bukan Islam. Bukan itu saja, pelakon ini juga berpendapat ada juga negara Islam yang tidak mempraktikkan adab dan saling menghormati seperti yang diamalkan.

“Harus tahu keadaan sekarang. Ni perbezaan pada mereka yang tak tahu dan bersifat negatif terhadap negara kafir pada orang Islam… Kadang-kadang negara yang Islam sendiri belum tentu sifat menghormati atau beradap di amalkan selalu.” Tulisnya

Negara Sendiri Diskriminasi Terhadap Rakyat

Selain itu, pelakon jelita ini juga berpendapat bahawa Malaysia sendiri telah melakukan diskriminasi dikalangan orang terdekat, keluarga atau rakan-rakan dengan tidak menghormati pendapat atau hak asasi individu.

“Malah di negara sendiri sekarang ni DISKRIMINASI terhadap rakyat semasa sendiri berlaku di dalam kalangan orang terdekat, keluarga dan kawan-kawan… Tiada sifat menghormati pendapat atau hak orang lain lagi!!!

Kenapa dulu aku kata hujan emas negara orang??? Atas dasar ini kerana hakikatnya sekarang negaraku, rakyat masih tak bersatu dan masih mempertikaikan hak asasi individu, hak masing-masing….” tegasnya

Ahli Politik Sibuk Raih Jawatan Dan Pangkat, Rakyat Terkapai Untuk Hidup

Lana juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ahli politik negara yang dilihatnya seperti sibuk mencari pangkat dan jawatan daripada fokus memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Termasuklah ahli-ahli politik yang sibuk meraih pangkat dan jawatan, sedangkan rakyat masih terkapai-kapai untuk hidup esok hari. Dana yang ada disalurkan untuk membina istana yang lebih gah, tetapi rakyat yang hilang pekerjaan, perniagaan gulung tikar tiada bantuan yang dihulurkan hanya dengan bersyarat…” katanya

Lana Nasihat Orang Ramai Berhenti Diskirminasi Sesama Sendiri

Selain menyentuh soal ahli politik, aktres ini juga menasihati agar rakyat Malaysia berhenti bersikap diskriminasi sesama sendiri dan cuba hidup secara harmoni tanpa rasa negatif, dendam mahupun cemburu.

“Apakah ini semua kita rakyat Malaysia masih buta, pekak atau malas untuk perjuangankan hak kita? Ayuh… Hentikanlah sifat diskriminasi SESAMA SENDIRI… Jika kerajaan tidak memulakan, mari kita semua dulukan.. Hentikan diskriminasi, TIADA LAGI SYARAT-SYARAT mengarut yang meragut hak kebebasan anda.

Mulakan dengan diri anda.. Hormati pendapat dan pilihan orang lain.. Buang sifat PHD, DENDAM dan CEMBURU. Cuba untuk hidup dalam harmoni bermula dari dalam diri anda… InsyaAllah kalau sifat negatif hilang, Allah SWT akan sentiasa lindungi.” Tulisnya lagi

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*