Wanita lniMerungut Kerana Suami Guna DuitPerniagaan Bersama UntukBekas lsterinya

Foto hanyalah ilusi. Salam min. Tolong hide profile aku. Aku sekadar nak luah dan mintak pendapat. Aku ni isteri no2. Ade anak 2 orang. Suami aku alhamdulillah sangat baik dan bertanggungjawab. Sebenarnya aku tak ade masalah sangat dengan suami.. Cuma aku kadang2 rase kecik hati dengan suami sebab kami ade buat perniagaan bersama dan perniagaan boleh dikatakan maju jugaklah tapi duit semua die guna untuk keluarga aku dan bekas bini die dan anak2.

Aku ni ade degree engineering. Tapi suami tak bagi keje sruh urus bisnes dengan die sama2.. Tapi gaji aku pon tak ade hanya duit blanja same macam isteri dulu.. Aku rase macam bodo jer.. Dan aku tengok bank statement transfer dari akaun syarikat banyak bulan2 kat bini dulu walaupun dah 6 tahun berpisah. Isteri dulu juga tak bekerja harapkan duit aku dan suami. Untuk anak2 aku tak kisah sangat.

Aku simpanan pon tak ade cuma suami pernah bagi seutas gelang 10k tu pon sebab aku cakap nak pergi cari kerje atau niaga sendiri nak ade duit sendiri.. Aku ni jenis pendam jadi suami tak tahu yang aku ni dah nak meletop pon ade kadang2, rase nak berpisah pon ade.. Nak2 sekara g pkpp aku tak boleh buka kedai sebab pakai warga asing semua pekerja.. Barang kemas aku semua dah gadai untuk belanja kluarga aku dan anak2 dan bini die dulu.

Geram aku nak cakap suruhlah bini dulu cari keje sendri biar tahu susah nak cri duit. Tapi aku diamkan dalam hati jer. Sekarang ade buat bisnes kecik2 janji untung nak bahagi 2. Tapi aku rase same jugak banyak nak kena hulur kat sane. Jadi aku rase dah fed up tawar ati nak niaga sebab tak boleh nak rase pegang duit sendiri.. Aku tengok bini tokey2 yang kerje same laki bini tebal je poket diorang.

Aku letak kan suami didepan tapi ape yang aku dapat tak setimpal. Kadang2 aku rse baik duk senderi tak sakit ati. Maaf ayat terabur sikit. Mohon pendapat y positif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

SUMBER:KRT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*