Zarina Anjoulie Dedah Sudah Cerai Buat Kali Kedua Selepas Sebulan Rujuk KembaIi.

Siapa yang berkahwin pastinya mengharapkan masjid yang dibina akan kekal sehingga ke akhirnya. Namun tiada siapa dapat menduga atau menolak sekiranya ia terputus di tengah jalan.

Selepas sebulan mengumumkan bahawa mereka sudah kembali rujuk, selebriti Zarina Anjoulie membuat kejutan apabila dia mengkhabarkan penceraian kali keduanya dengan Eilyas Azhar menerusi sebuah entri di Instagram tadi.

zarina anjoulie

“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai… Yes betul kami dah cerai terima kasih.”

Berita itu nyata mengejutkan ramai apabila pasangan merpati dua sejoli itu dilihat mesra sahaja selepas membuat keputusan untuk rujuk kembali baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, Zarina dan Eilyas memutuskan untuk berpisah selepas 8 bulan berkahwin namun kemudiannya memilih untuk rujuk pada Mac lalu.

Kisah cerai Anju sebelum ini,

“Sedih tak dapat cakap bye kat bekas suami..” – Zarina Anjoulie lega urusan cerai selesai.

Sebelum ini, tiada angin tiada ribut, peminat dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, dengan bekas suaminya Eliyas Azhar.

Berikutan itu, rata-rata peminat Anju seakan-akan tidak percaya kerana belum sampai setahun usia perkahwinan, pelakon drama Anak Pontianak itu sudah bercerai.

Malah, ramai juga turut bersedih dengan perkhabaran tersebut lebih-lebih lagi apabila pasangan tersebut dilihat sangat serasi bersama.

Hari ini, dia berkongsi sebuah video setelah menyelesaikan urusan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban selain memaklumkan kepada peminat bahawa semuanya sudah selesai dan berjalan dengan lancar.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu tersebut, pelakon berusia 33 tahun itu tampil manis mengenakan selendang dan jubah berwarna hitam.

“Semua dah selesai dan berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada Yas juga. Terima kasih kepada semua warganet yang DM Anju beri kata-kata semangat dan selalu sokong Anju.”

“Saya sayang kalian. Cuma sedih sedikit tak dapat cakap ‘bye’ pada Yas tadi,” luah Anju di ruangan kapsyen.

Menerusi video berkenaan, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat dan warganet tidak henti-henti memberi kata-kata semangat kepadanya.

Anju turut meluahkan selepas peristiwa ini, dia akan ‘move on’ dan terus melangkah ke hadapan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan Anju dan memberi kata-kata semangat untuk dirinya agar selalu kuat menempuh ujian tersebut.

Sementara itu walaupun telah membawa haluan berbeza, bekas suaminya @yasvger7 sempat lagi meninggalkan komen memuji kecantikan Anju saat bertudung dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Semoga Anju tak seksi macam dulu

Allah sebaik-baik perancang

Sedih tengok Yas dan Anju

Terdahulu selain Eliyas, Anju pernah mendirikan rumah tangga bersama Pengiran Mohd Ilham Syazwan namun jodoh mereka tidak panjang selepas disahkan bercerai. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Martin Ezra Mikael.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber OMM/Nara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*