Adik ipar duduk dalam bilik tu walhal suami pasang aircond kat rumah mertua untuk keselesaan kami sekeluarga

Gambar hanyalah ilusi. Baca perlahan lahani, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua. Tujuan aku post confession ni hanya nak minta pendapat pembaca semua. Nama aku Rose. Seorang guru, suami aku Shahrull, seorang pegawai tentera. Suami ada 2 orang adik lelaki Ahmad dan Badrul. Aku jarang sangat balik kampung suami sebab kekangan kerja suami aku yang asyik ke luar negara dan operasi berbulan2.

Bila suami dapat cuti sebelum dan selepas operasi barulah kami balik ke kampung nya.

Dalam adik beradik aku, semua berjaya habis belajar dan dapat kerja mengikut ijazah masing masing tapi berlainan pula dengan adik beradik suami.

Suami anak sulung, adik beradik dia yang lain hanyalah tamat SPM dan bekerja biasa. Dari dulu lagi, adik beradik suami sangat mengharapkan pertolongan suami setiap bulan.

Aku tak kisah suami nak tolong sebab suami tak pernah pun kurangkan perbelanjaan kami anak beranak.

Yang menjadi masalahnya ialah, sejak akhir2 ni aku perasan, keluarga mertua mempergunakan suami dengan alasan aku pun bekerja dan gaji kami besar.

Sebelum kawen lagi, Kami dipaksa berkongsi majlis dengan adik lelaki (Ahmad) atas alasan Ahmad tak cukup duit nak buat majlis sendiri, tapi apa makna kongsi kalau dari sekecil kecil benda sampai lah yang besar menggunakan duit suami.

Aku beli sendiri gelang batal wuduk bagi pada suami aku sebab kesiankan dia pening fikir mana nak cari duit. Tapi suami dah bayar balik harga gelang tu selepas kawen.

Rumah mertua aku hanya mempunyai 3 bilik. Bilik utama, bilik tengah dan bilik belakang. Bilik tengah ada tingkap tapi masih ada udara panas keluar masuk tapi bilik belakang panas nya macam oven.

Setiap kali kami balik, kami akan ditolak ke bilik belakang sebab tak ada siapa nak duduk bilik tu sebab panas. Kami redha tak nak berebut dengan adik2 yang lain.

Ahmad dan isteri akan duduk bilik tengah. Bila anak sulung kami lahir, aku cadangkan supaya suami untuk pasang air cond. Nak bagi anak kami selesa.

Yelah, kalau tido dalam bilik tu, panas nya sampai peluh boleh mengalir dari kepala masuk telinga. Suami beli aircond dan panggil orang pasangkan atas persetujuan ayahnya.

Raya haji tahun lepas, berkali kali Ahmad call suami tanya bila nak balik. Rupanya Ahmad plan balik awal sehari dari kami sebab nak rebutkan bilik aircond tu. Kami ditolak ke bilik tengah pulak.

Badrul pulak ada Gf yang belajar di University. University Gf Badrul hanya sejam dari rumah mertua. Jadi setiap minggu Gf Badrul akan datang dan tido rumah mertua. Cuti semester pun datang duduk rumah mertua.

Mertua beli kain nak sedondon waktu raya tapi kain bahagian aku boleh bagi pada Gf Badrull. Semua pakai sama kecuali aku dan suami yang tak diberitahu pun warna apa nak pakai untuk tahun tu.

Aku dan wife Ahmad bersalin pada tahun yang sama cuma bulan berbeza. Masa aku nak bersalin, cuma wassap doakan aku selamat bersalin. Macam2 alasan nak datang tengok aku pantang, jauh la apa la.

Padahal 3 jam perjalanan je. Tapi bila wife Badrul nak bersalin, 3 hari sebelum dah berkampung kat rumah Badrul tunggu dia nak bersalin. Kalau kalian jadi aku terasa tak?

Aku cakap pada suami aku terasa. Barulah sebenarnya suami luahkan yang dia pun perasan apa yang jadi cuma malas nak memperbesarkan isu.

Aruwah mak suami dah mngal tapi ayah dia dan kahwin lain. Dia tak nak ayah dia ingat dia tak suka mak tiri dia. Setakat ni kami balik buat muka tak malu lagi tapi lama2 jadi malas nak balik.

Bila cuti, kami lebih suka balik rumah keluarga aku atau pun pegi bercuti mana2 yang dekat.

Semalam, adik suami, Badrul wassap minta bantuan duit untuk majlis kawen dia nanti. Banyak jugak la amount yang Badrul minta.

Tak lama lepas tu ayah mertua pulak wassap tanya boleh tolong tak. Suami aku kena keluarkan lebih dari Badrul keluar duit untuk majlis dia.

Aku cakap pada suami, kalau macam tu, macam dia pulak yang kawen lagi sekali kan.

Cuti chinese new year ni suami ajak balik kampung dia untuk bincang. Aku iyakan je sebab kesian jugak lama tak balik kampung dia. Tapi tulah, dua2 pun tak hepi bila fikir kena balik sana.

Aku tau aku takde hak nak terasa dengan keluarga mertua, tapi aku pun manusia biasa yang ada hati perasaan… huhu.

Betul cakap orang, kita boleh anggap keluarga mertua kita macam keluarga kita, tapi belum tentu dia boleh anggap kita macam keluarga dia.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum.. Aku Mona, alhamdulilah dah berkahwin, ada anak. Suami? Dia ok je. Yang tak OK, adik beradik dia, ha ipar duai aku la tu.

Aku saja la nak bercerita pengalaman ada ipar duai yang perangai dia… Sesak dada oi. Kalau tak kuat, aku rasa dah lama aku angkat kaki blah..

Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu…

Kisah 1.

Adik ipar perempuan kesayangan aku ni datang la bertandang dekat rumah kami laki bini. Oh ya, masa ni dia tak kahwin lagi.

Sebelum ni ada jugak dia pernah datang, tapi tak selama yang kalini punya. Aku ingat datang kejap je, sekali duduk berminggu-mingu. Yang paling best, duduk rumah kami macam Queen.

Breakfast aku sediakan, lunch aku masakkan, dinner aku hidangkan. Padahal bilik dia tepi dapur je, pekak sangat ke tak dengar kak ipar dia dok masak?

Kot ya nak datang jengah muka tanya aku kot-kot ada apa nak kena tolong ke, haram..

Minggu pertama aku boleh ikhlas lagi la, tetamu kan. Ni tidak, pintu bilik dia pun laki aku kena ketuk nak ajak makan sekali. Keluar bilik, tinggal cedok nasi je, dah habis makan, layan Netflix.

Ewah, ewah, ewah.. Lama-lama memang aku tegur la perangai adik ipar aku tu dekat laki aku. Aku ni ada anak kecik, mana nak masak, mana nak urus rumah, aku pulak buat bisnes online, jem otak weh..

Laki aku boleh balas “biasa la tu.. tetamu”. Tetamu tok anjang dia, 3 hari je kot ya pun nak jadi tetamu kelas atasan. Aku hamuk la weh. Aku kata aku bukan babu dalam rumah ni. Serba serbi nak dilayan bak permaisuri.

Aku tak cakap banyak, aku kata nak balik kampung secepat mungkin. Dengan cara tu je aku dapat courier adik ipar aku tu terus ke kampung halaman dia. Kampung laki aku dengan aku tak jauh mana pun. Aku memang silent treatment dengan laki aku masa ni.

Sedih ada, terasa dibuuli pun ada.. Memang la beras abang dia beli, tapi aku yang masak. K3s ni selesai lepas kami pulang ke kampung.

Dah hantar sampai depan pintu rumah, salam aku pun tidak, nak ucap terima kasih jauh sekali. Protes la tuh. Lantakklah. Nak benci aku sekalipun. Ingat aku kisah? Lepasni, nak malas, silakan bermalas-malasan kat rumah mak bapak sendiri.

Kisah 2.

Sejenis suka meminjam kereta orang. Dah la pinjam bukan kejap, ada kadang sampai sebulan. Memang la kereta tu abang kau yang bayar, tapi nama aku.

Laki aku ni pulak Ya Allah Ya Rabbi baik hati tahap aku sendiri tak boleh hadam. Dah pinjam mulut tak reti nak bersyukur, kata kereta aku banyak calar la, kemek sana sini. Hamboi KakNon..

Part paling aku panas dan memang aku meletop, dorang boleh pergi modified kereta aku. Modified part mana, aku tak mau cerita. Dahtu, boleh pulak claim duit laki aku.

Sampai je rumah, laki aku check kereta aku, aku perati je dari dalam rumah. Malam tu aku hamuk la. Aku sound jangan nak memandai-mandai sentuh kereta aku. Buat itu ini. Laki aku boleh pulak kata aku tak suka adik beradik dia.

Benda ni memang buat kami laki bini g4duh. Cakap banyak tak guna, aku ambik simpan kunci kereta aku.

Ha, gasak la korang nak balik rumah korang naik unta ke naik kuda ke. Puas hati aku. Lepas k3s tu, dah tak ada sesi pinjam meminjam. Jual la air mata drah sekalipun, aku tak heran.

Kisah 3.

Arwh orang tua aku ada tinggalkan rumah sebiji dekat kampung. Dorang ni pernah datang la bertandang rumah tu.

Alhamdulillah rumah tu besar, rumah sebiji atas tanah. Ada aircond setiap bilik, kira fully furnished la. Ipar duai aku ni boleh suruh aku letak barang-barang rumah tu dekat rumah mak bapak dorang.

Allah.. Jem kepala otak aku masa tu. Aku balas, nak ambik la sendiri. Urus sendiri lori ke apa ke. Aku tau dorang nak santak laki aku suruh handle semua. Banyak cantik?

Tu tak masuk cerita nak duduk rumah tu FREE. At last, aku sewakan rumah tu dekat orang lain. Kurang-kurang hati aku tak saakit.

Aku ni cuba nak berlapang dada. Aku bukan tak layan dorang baik-baik. Tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni melampau sangat. Jenis kaki buuli pun ada, nak ambik kesempatan pun ada.

Tu tak masuk pasal MULUT masing-masing lagi, burukkan aku depan mertua aku, kaki sound orang, suka berg4duh sana-sini. Hadoi lah..

Korang kalau ada nak share pengalaman BURUK/ NGERI dengan ipar duai, share la sekali. Moga dapat jadi pedoman untuk kita semua.

Kadang Tuhan hantar suami ok, tapi Tuhan uji dengan ipar duai yang aneh-aneh. Betullah orang kata, hidup ni memang penuh dengan ujian.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Pija Akram, Ini bukan sebabnya belah sini semua ijazah belah sana semua takat spm punya sebab…ini sebabnya hati akal dan jiwa manusia tu yg tak guna sebaiknya…rasa x patot nak compare hal pelajaran sbb tak kena gaya tak kena mengena dgn sifat manusia.

klu saya ditempat tt saya bertegas sikit hal duit suami… tolong adik beradik ni mmg bagus sgt dan amat digalakkan tapi bukanlah perkara2 remeh…klu betol2 perkara susah… klu nak belanja kenduri kawin adik badik tu xde masalah.

kita support mana mampu tapi nak lebih dari dan meminta2 kita lebih kluar plak..x patot rasanya… hal ekon bagai tu… nak wat camne.. bil depa tak tuntut kira bio g laaaa… balik pagi malam balik rumah sendiri xyah tdo2 x saakit jiwa nak mikir lama2 sama je perangai jadi gtu…

satu je nak tekankan tegassssssss.. tolong tu bagus tapi BUAT BAIK BERPADA PADA .. BUAT JAHAAT JGN SEKALI… fikirkanlah.

Rina Hana, Saya dah merasa camni,,kemas elok bagi cantik dan wangi sebab mertua memang suruh balik selalu untuk bantu dia di kampung tapi bila balik bilik bau rkok dan atas katil pula kotor bersepah kesan dikeronyok macam orang dah tidur atasnya.

dikhabarkan pulak makwe adik ipar tumpang tidur dalam bilik kami dan bilik sebelah kami tu bilik si adik ipar,camne saya tau tu biarlah rahsia..siap main lagi adoii jemmm..

nak ikutkan tu umah mertua sukahati dialah nak usik bilik mana pun tapi yelah bila dia harapkan kita balik selalu kenalah ada satu tempat khas supaya bole rehat sebaik sampai.

Siti Murni, Entahlaa…kku aku di tempat ko pun aku hangin satu badan..Tapi aku kku balik kg aku tak duk umah mertua..aku duk umah mak aku..tiap2 hari kami pi umah mak mertua.mertua ipar duai baik2 semua.umah mak metua aku elok cantik..

umah mak aku umah kg ja.duk lak dlm utan..tapi laki aku dan aku selesa duk umah mak aku..dlm kg nyaman..sejak aku ada cucu aku buat umah sendiri kat kg..

bukan apa kang penuh lak u.ah mak aku tak cukup bilik.aku buat ja umah kecik sekankang kera kat kg. Klu musim tak raya ok laa mari musim.raya penuh..takat ank cucu menantu ok lagi..ni nak.masuk cicit cucu menantu .

biasa kami ank bernak duk dlm satu bilik ..mari nantu cucu cicit mak aku (cucu aku)..penuh umah ketat bilik..aku nekad buat umah sekangkang kucing aku jadilaa.habaun kami ank cucu.Tapi klu aku ditempat ko pun dik..hangin gak satu badan.

Aini Ahmad, mcmnilah nak ckp…klu org nampak kita baik mmg diorg akn amik kesempatan..xkira belah suami atau belah isteri..kita jangan kedekut dgn keluarga tp dlm masa sama jgn benarkan mereka sgt pandai2 buat keputusan utk kita…

biarla klu nak kata ada gap ke apa..lantakla janji rumahtgga kita ok saja..kt xkacau org dan org jgn kacau kita.

Cik Orked, Mcmnilah garisan antara bodoh dan kasihan amatlah nipis… Aku dh banyak kali kena sbb kasihan aku rela diperbodoh bodohkan org… So jalan terbaik is henti kasihan pd org yg perbudakkan kita… Belajar utk berkata TIDAK… secara baik la…

Hentikan org dr ambil kesempatan pd kita… Ttg majlis tu auami awk yg wajib tetapkan berapa bntuan yg dia mst beri bkn sebaliknya…

Bertegaslah jd lelaki/ayah.. Bertegaslah jd ibu….berhenti utk jd tunggangan org org yg parasit ni… Jgn fikir nk jaga hati org sdgkan org tak menghargai kita pon.

Mira Rosli, Suami anak sulung,lelaki lagi.tentera lg..patutnya suami perlu bertegas dgn adik beradik dia tu n jgn bagi muka..ko lelaki..ko nak kahwin pandai2 cari duit sendiri..

kalau nak kahwinpn minta tlg bantuan abg bygkan dh kahwin esok2 xde duit sikit minta tlg abg sbb tau abg x sampai hati nak tolak..

org camni sampai bila2 pn akn mengharapkan org utk tlg sebab malas nak berusaha..patutnya suami ko tu basuh sikit kepala otak adik bradik dia tu..dia anak sulung lelaki..

nak takut apa kat adik2..perlu bertegas la..bukan nak suruh berkira cuma nak suruh adik2 tu berdikari..x cukup baru topup yg mana patut bukannya terus nak minta bantuan tanpa ada usaha.

Kamil aayub, Jangan terlalu baik. Ketegasan dan prinsip kena jaga. Tambah2 pulak anak sulung lelaki. Kalau selalu ditindas begitu, nanti tak mampu dah nak bersuara. Dan kalau bersuara nanti hiilang semua kebaikan kebaikan sebelum tu.

Pesan aku, adik beradik yg nampak agak mengada ngada itu, kau pesan awal awal. Kalau patut kau tampar, kau tampar awal2. Biasakan diri dengan tegas dan garang.

Supaya orang tak berani nak tindas, kalau pun orang cuba tindas, kita boleh marah dan ambil tindakan sewajarnya tanpa menjadi “manusia aneh”.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*