Aeril Zafrel disekolahkan makcik bawang, lslam tak ajar manjakan isteri

Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel memuat naik sebuah ‘posting’ memaparkan tangkap layar komen seorang wanita yang menuduh dirinya terlalu memanjakan isterinya, pelakon Wawa Zainal.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memetik bahawa Islam tidak pernah mengajar lelaki memanjakan isteri berlebihan tetapi tugas lelaki hanyalah untuk melindungi wanita.

Tidak cukup dengan itu, individu terbabit turut menyekolahkan Aeril serta isterinya yang dianggap suka menayang kebahagian dan kekayaan kepada orang lain.

“lslam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai begitu. lslam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita,” tulis wanita itu.

Bagaimanapun, pemilik nama Suhairil Sunairi itu membalas komen individu tersebut secara berseloroh dengan bertanyakan soalan kepada pengikutnya:

“Betul ke kita tak boleh manjakan isteri, dan hanya jadi pelindung je? CONTOH: *buat2 pandai,” ujar Aeril.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat wanita berkenaan sebenarnya cemburu melihat Wawa bahagia dikurniakan seorang suami penyayang seperti Aeril.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin telah berkahwin secara rahsia pada 25 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sebelum ini

Pelakon Aeril Zafrel tampil berkongsi komen yang ditulis seorang pengguna di media sosial mengenai kehidupannya bersama Wawa Zainal.

Dalam komen tersebut, pengguna yang dikenali sebagai ‘nurulfarhana meow’ itu menyifatkan Aeril terlalu manjakan Wawa dan menyeru orang ramai agar tidak mengikut cara sedemikian.

Malah, kata pengguna berkenaan, Islam tidak mengajar lelaki untuk memanjakan golongan wanita sepertimana pasangan itu lakukan.

“Kalau boleh jangan ikut Aeril dan Wawa ni. Mad. Tapi Aeril terlalu manjakan bini dia.

“Islam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai begitu. Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita.

“Dahlah manja, kalau kaya nak bilang orang. Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk. Itu riyak namanya. Sorrylah Aeril I am not your fan,” tulisnya.

Aeril berkongsi perkara tersebut dengan kapsyen; Betul ker kita tak boleh manja dan hanya jadi pelindung je. Contoh: Buat-buat pandai.”

Hal tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut Aeril di Instagram yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pengguna terbabit.

Malah, ada yang mengandaikan pengguna itu cemburu dan tidak mendapat cukup kasih sayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: trendingkini / Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*