Aku hmpir hnyut dan lemas dgn bos. Bos pula dh xdpt dikawal masa tu. Mujur anak aku xsihat masa tu

Foto sekadar ilusi. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku dah kerja sebagai penjawat awam dah 16 tahun. Selepas graduate 2-3 tahun juga kerja di private sector sebelum masuk gov sector.

Apa aku nak kongsi adalah pengalaman sendiri yang mungkin boleh dijadikan sempadan supaya jangan terjebak. Masa aku masuk gov sector, muda lagi, dalam usia 25-26 tahun gitu. Tapi masa tu aku dah kahwin. Aku kahwin right after graduation, masa umur 23. Posting pertama aku di negeri kelahiran aku sendiri.

Rezeki. Bukan senang awal2 posting dah dapat tempat sendiri. Suami aku ikut aku pindah. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia, dapat kerja yang sesuai dengan dia. Di tempat kerja aku tu, unit yang aku ditempatkan adalah unit yang agak baru. Dan ketua unit aku pun muda jugak.

Gred 41 jugak sama dengan Aku, cuma dia masuk dua tahun dulu dari aku. Kerja aku pada masa tu memang lancar saja. Tak banyak masalah.. dari segi workload, teman sekerja, ketua jabatan semuanya ok. Cuma, walaupun aku posting dalam negeri sendiri, jarak agak jauh jugak lah dari rumah Aku ketika tu..

Dalam 45km jugak sehala. Masalah mula timbul di tahun ketiga aku di situ. Disebabkan banyak masa dihabiskan di tempat kerja, hubungan aku dengan kawan2 sekerja jadi rapat… Sampailah satu ketika, ketua unit aku dah berani bercerita tentang hal rumah tangga dia pada aku.

Aku yang masa tu anggap biasa2 saja rajinlah jugak melayan luahan perasaan dia. Lama2 dari luahan perasaan, jadi luahan hati, meleret2 bila sya1tan dah berjaya cucuk jarum. Dia kata, sebab apa wife dia tak macam aku, mula banding2 kekurangan wife sendiri. Mula puji2 aku melambung2.

Dan aku? Makin hanyut dengan pujian dan perhatian orang lain. Dah macam orang bercinta, telefon sentiasa di tangan. Masa tu belum ada WhtsApp dan media s0sial. Tapi ada sms. Sepanjang hari kerap berbalas SMS, tapi sentiasa pastikan lepas baca, delete semuanya.

Dia pernah kata, kalau jadi apa2 pada suami aku, dia sanggup ambil aku sebagai wife dia. Hurmm… Teruknya bila difikirkan bila dah waras ni. Hubungan aku dan suami baik2 saja. Cuma aku boleh katakan, aku suka dengan segala perhatian yang aku terima.

Bukan aku tak tahu apa yang aku buat masa tu salah, tapi nfsu seronok tu buat aku lupa sekejap status aku sbg isteri. Tapi aku perasan, masa tu anak aku selalu tak sihat. Entahlah, mungkin Tuhan masih sayangkan aku, mungkin juga doa dari emak bapak aku agar anak mereka selamat, aku tersedar jugak dari kemaks1atan tu.

Aku kaitkan asbab anak aku selalu tak sihat dgn d0sa yang aku buat. Aku bersalah sangat2.Aku mula fikir macam mana aku nak keluar dari kemelut tu. Tak nak aku terus-terusan dalam d0sa. Nak elak berjumpa memang tak boleh, sebab kami seunit. Nak berhenti kerja, Aku tak sanggup.

Aku tak putus berdoa, solat taubat, mohon jalan keluar. Aku isi borang, mohon pindah, atas alasan, tempat kerja jauh. Memang ketua jabatan aku cakap awal2 dia tak sokong. Sebab alasan yang remeh. Habis tu takkan aku nak letak alasan nak elak sk4ndal dengan suami orang. Aku diam dan terima saja komen ketua jabatan aku.

Tapi borang pindah tu tetap Aku proceed dan hantar. Aku terus terang pada ketua unit aku tu, Aku tak boleh lagi kerja sekali dengan dia. Masalah tak akan selesai kalau asyik bertembung. Tapak dalam hati dah ada, siram air sikit, berbunga balik perasaan tu. Sya1tan akan terus buat yang salah tu indah dan sedap.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu, aku dapat panggilan telefon dari seorang staf di cawangan lain, mintak aku hadir mesyuarat di situ. Terpinga2 aku. Rupanya, permohonan pindah aku diterima! Surat arahan perpindahan aku dah sampai ke cawangan tempat aku kerja..

tapi sebab ketua jabatan aku ada kursus di luar, makanya surat tu belum diminitkan pada aku lagi. Sujud syukur aku masa tu. Aku hadir mesyuarat dan melapor diri pada masa yang sama. Esoknya aku mohon pelepasan untuk kembali ke tempat kerja lama aku untuk menguruskan perpindahan aku dan nak hand over semua urusan kerja sebelum ni.

Aku masuk berjumpa dengan ketua jabatan aku. Agak mencuka mukanya. Soalan dia pada aku, kabel mana aku guna untuk pindah? Dalam hati aku jawab, kabel paling besar di atas sana. Alhamdulillah. Aku nak keluar dari m4ksiat, Allah buka jalan, yang tak disangka2. Logik akal, aku susah nak dapat pindah, sebab aku baru 3 tahun di situ.

Jarak sebenarnya tidaklah jauh sangat pun, dan ditempat baru aku tu sebenarnya dah ada orang untuk jawatan aku tu. Tapi aku yakin sebab aku betul2 mohon disertai dengan taubat… Maka Allah izinkan ia berlaku. Selepas kejadian tu, aku sangat berhati hati dalam bergaul. Tak ada lagi aku nak dengar luahan mana mana rakan berlainan jntina.

Sampailah sekarang, kawan kawan aku yang nak berhuha, berjimba atau meluah perasaan hanyalah perempuan. Taknak aku terjerumus dalam perangkap yang sama. Dan yakinlah kalau kita betul betul nak berubah, Allah akan buka jalan untuk kita. Terima kasih untuk semua yang membaca.

Aku mengajak, sama sama lah kita jaga diri kita dari terjebak dengan perkara yang sia sia. Kalau dah terjebak tu, usahalah untuk keluar, insyaAllah, Dia dengar dan nampak usaha kita.

Reaksi warganet

Syahirah Mohd – Mungkin sebab puan jaga solat, dan masih belum sampai tahap terlanjur..maka Allah jaga dan pelihara rumahtangga puan. Alhamdulillah. Peringatan buat semua isteri dan ibu bekerja.

Nazlie Ahmadin – Yg dh kawin tu .. Jaga la perkahwinan tu … Bukannya senang nak jumpa jodoh .. Yang sanggup terima kita … Dan ada org ada yg tak jumpa jodoh dan sebagainya… Apa yang Allah beri bersyukur la selalu … Lagi banyak kita bersyukur lagi banyak nikmat yg akan kita dapat.

Nuriswani kamal – Alhamdulillah, semoga Allah taala sentiasa lindungi kita semua dari segala hasutan sya1tan.. Citer sis lebih kurang mcm citer sy dlu.. Tp situasinya saya nie masih bujang dan terperangkap ngn cinta suami org.. At last sy mcm tersedar, smpai bila aku nk jadik gini..

Saya doa mohon kt Allah supaya diberi pertolongan.. Alhamdulillah, saya dpt keja kt tmpt yang jauh dari laki org tue dan better offer lg.. Then, terus saya jumpa ngn bf saya time tue dan skrg dah jdik suami sy pon.. Cuma sy takut sgt kalo ada pompuan luar sna cuba nk g0da suami saya sb dlu saya penah bt d0sa bergaul ngn suami org..

Semoga semuanya akn berada dlm lindungan Allah taala.. Aminnn Tahniah Dian, berjaya menghindarkan diri dari terus terjerumus ke dalam perhubungan terlarang itu. Apa pula kata anda.

Kouru Kanagawa – Bukan para suami2 sahaja di uji dgn kesetian, isteri2 juga turut diuji. Para isteri2 yg keluar bekerja, sgt2 beriisik0 menghadapi g0daan lelaki buaya darat diluar sana. Kalau miliki rupa paras yg cantik, potensi utk dig0da akan lebih tinggi lagi.

So, kepada isteri2, nasihat saya, sayangi lah rumahtangga anda kerana memiliki suami yg penyayang dan anak2 yg sihat cergas sudah cukup menjadikan dunia seorg wanita bagaikan syurga. Mau apa lagi…..

Anna Farhan – Kisah org jdkan tauladan… Alhamdulillah walau dah berbelas tahun dlm govt svc dan bermacam2 versi sk4ndal yg saya nampak… Saya lbh suka ambil pendekatan mendoakan yang baik2 utk mereka… Jangan menilai dan jika ada sebarang kecurigaan saya lbh suka bertanya sendiri tuan punya badan…

Usah menghukm… Kita tdk tahu kelak jika Allah nak duga kita bila2 boleh jadi. Apapun pembawakan diri sbg isteri org perlu selari dgn keperibadian kita… Mesra berinformasi bukan bermakna menggatal. Selalu jaga hubungan baik dgn rakan2 sekerja dan org atasan..

Cara saya ialah dgn mengenali isteri2 mereka supaya tiada prasangka apabila memerlukan kita bertugas bersama… Akhirnya semua berbalik kpd hati kita.. Mohon pd Allah jaga hati kita selalu..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*