Aku juruterbang, semasa berpantang isteri halang bersama sampai anak kami berusia 4 tahun

Gambar hanyalah ilusi. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua. Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor. Saya bekerja sebagai pilot, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya.

Titik permaasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berpantang, dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun.

Mungkin beliau masih terasa keperitan semasa bersalin sehingga beliau berkata sedemikian, ia juga mungkin sekadar gurauan, dan saya pun tiada niat untuk meminta pada isteri yang masih berpantang. Saya membalas dengan sedikit senyuman dan tawa melihat isteri.

Saban bulan, melihat anak semakin membesar, hubungan kami menjadi semakin keruh kerana saya sering menegur sikap kecuaian isteri saya kepada anak saya, sehingga menyebabkan anak tr4uma dan cedera seawal 5 bulan dari kecuaian isteri.

Saya sebagai suami faham, membantu dan menasihati isteri, tetapi apabila saya bertugas di luar negara, sering kali menerima rungutan isteri tentang anak.

Perkara seperti membiarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk, tetapi dibiarkan berendam seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan piisau memasak/ gunting di merata2 rumah (sikap yang masih tidak di ubah sehingga kini.

Mengherdik anak kecil, dan banyak lagi tidak cukup untuk saya luahkan disini. Ya, saya nampak dan saya bantu, tetapi bagaimana pula jika saya tiada di rumah?

Oleh itu saya sering menegur sikap kecuaian beliau. Tidak saya jangka lama kelamaan wujud perasaan benci dalam diri beliau terhadap saya.

Saya juga telah beberapa kali cuba berbincang untuk mendalami masalah beliau, tetapi sering kali tidak diendahkan dan kadang kala berakhir dengan pertengkaran.

Beliau juga langsung tidak teragak untuk berkelahi di hadapan anak yang baru berusia 2 tahun tercengang melihat kami. Akibat hiilang sabar saya, saya telah menepuk bahu kiri isteri selepas diherdik oleh isteri.

Anak saya terkejut dan berlari ke tengah untuk menghentikan perkelahian kami, saya tergamam melihat anak yang kecil lebih memahami.

Saya mengambil anak dan mendukungnya masuk ke bilik. Ia diikuti oleh jeritan makian daripada isteri yang memuukul dan menendang saya dari belakang.

Saya beristighfar dan masuk ke bilik. Jika diikuntukan nafsu dan kudrat saya, sudah pasti lain jadinya. Akibat dari seringkali bertengkar, saya kadang kala hiilang rasa hormat dan mengeluarkan kata kesat akibat tertekan.

Ini belum lagi soal layanan isteri, yang meminta saya berpuasa sehingga anak saya berumur 4 tahun, ternyata itu benar.

Sehingga kini anak saya telah pun masuk usia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun ini, kurang dari 5x kami bersama dan lebih tepat sudah hampir 3 tahun saya tidak menyentuh isteri saya.

Berbagai alasan diberikan untuk menolak permintaan saya, kadang kala saya menegur, tetapi saya masih bersabar dan tidak memarahinya.

Segala kemahuan beliau saya tunaikan, segalanya, hanya sebut, saya sediakan, hendak berniaga, saya hulurkan, bermacam2, tetapi hanyalah hangat hangat tahi ayam dan hanya membazir.

Program ijazahnya pula telah berlanjutan sehingga ke semester ke-9. Masa dirumah lebih banyak dihabiskan menonton drama melayu di internet termasuklah kisah drama melayu perpecahan rumah tangga yang beliau sering kali terbawa2 ke realiti.

Keadaan menjadi semakin kriitikal setelah saya diberhentikan kerja tahun lalu oleh sebuah syarikat penerbangan dan hiilang pekerjaan selama 7 bulan. Mujurlah saya masih mempunyai simpanan dan pelaburan semasa tempoh menganggur.

Hubungan juga menjadi semakin keruh ketika saya menganggur, apabila meminta isteri untuk fokus pada pembelajaran beliau atau meringankan beban dengan bersama mencari sumber rezeki bersama.

Banyak wang telah dihabiskan untuk menampung program ijazah beliau, yang telah beberapa kali diberi amaran oleh supervisor beliau. Tetapi ia menjadi sia2, dan tidak diambil peduli.

Akibat dari tekanan hidup, ia telah mengidap saakit jantung dan drah tinggi seawal usia 36 tahun.

Jika ada berlaku pertengkaran, beliau kini sudah tiada rasa hormat pada saya, dan tidak teragak untuk meminta pencraian. Selepas bertenang beberapa hari, beliau buat seperti biasa tanpa ada rasa bersalah.

Saya sungguh tertekan dan tersepit, saya terlalu sayangkan anak saya dan tidak sanggup melihat anak saya membesar dalam keadaan ibu dan ayah bercrai. Malah hubungan saya dan keluarga isteri juga sangat baik.

Paling saya tertekan, apabila secara tidak sengaja terbaca message isteri di lockscreen telefon bimbit. Beliau memburukkan keluarga saya, ibu saya kepada kawan baik dan juga kakak beliau.

Mujur kenalan beliau juga saya kenal, dan saya telah menerangkan secara baik untuk menjadikannya lebih keruh.

Beliau sering berpura2 baik dihadapan keluarga saya, tidak seperti mesej buruk yang dihantar kepada kakaknya.

Saya kini baru mendapatkan pekerjaan baru di negara jiran, dan tinggal berjauhan.

Akibat dari tekanan, saya telah mula berkawan dengan seorang wanita, tetapi saya telah berhenti dalam hubungan itu setelah sedar perasaan suka saya kepada wanita itu semakin mendalam. Saya ingin mengelak dari bertambahnya masalah.

Tiada seorang pun yang saya luahkan hal ini melainkan dengan Allah swt, saya tertekan sehingga ada saat saya ingin membnuh diri. Mujur saya mempunyai seorang dua rakan baik. Akan tetapi sampai bila saya perlu tempuhi semua ini?

Saya tertekan tetapi saya sayangkan anak saya lebih dari segalanya. Banyak lagi yang ingin saya ceritakan, tetapi cukuplah setakay ini. Saya mohon nasihat dan bimbingan anda.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Dah lama aku berniat nak luahkan kepada orang lain namun aku takut orang pandang lain pada aku. Jadi Aku memilih untuk bercerita di sini hanya luahan hati mahupun jikalau sudi kiranya warga iiumc berkongsi nasihat buat aku.

Genap 5 tahun perkahwinan ini, aku tidak tahu samaada perasaan aku melebih-lebih atau aku hanya menipu diri sendiri. Kami berkahwin ketika masih dalam pengajian di ipta.

Awal perkahwinan memang ujian kehidupan masyaAllah sangat meninggi, dengan tiada pendapatan, urusan pengajian serta kuliah sangat menyulitkan Kami.

Aku ingin bekerja, sehingga sekarang dah 5 tahun, suami aku tak izinkan aku kerja melainkan kerja itu tahap professional sesuai dengan kelulusan. Jadi, suami pernah berkata kita jangan ada anak dulu ye sebab kita kahwin tak complete apa pun, kahwin masih belajar. Kita relax2 dulu.

Aku iyakan aje, tapi 5 bulan kemudian aku mengandung. Aku sangkakan suami akan gembira, namun sangkaan aku meleset. Malah suami menengkingku, macam mana boleh lekat.. nauzubillahminzalik.

Aku terkelu bila disoal begitu. Aku sedih. Suami ku suruh buang. Dia tak nak. Aku diam, menangis tak berhenti sehinggalah aku gugur complete 8 minggu. Aku meroyan habis, aku hambur semua kata-kata kesat pada suami aku.

Dia diam, tapi dia menangis bila lihat aku meraung kesaakitan bila turun drah habis penuh pad aku. Dalam diam, suami berdoa, “ambillah anak ini tapi jangan Kau ambil isteriku sebab Aku tak mampu hidup tanpa isteriku”.

Sepanjang berpantang aku marah pada suamiku. Sejak dari itu, kami kerap bergduh. Pertama, soal pekerjaan dan kewangan. Kedua, soal dia taknak anak dulu padahal aku nak anak.

Seusai tamat pengajian, Kami tidak ada rezeki kerja seperti graduan yang lain. Jadi suami ajak pulang ke rumah famili dia.

Bermulalah kehidupan Kami bersama keluarga suami. Biasalah duduk di rumah orang, kena buatlah kerja jangan tunjuk pemalas. Suami tak bagi aku kerja jadi aku stay di rumah mertua tunggu suami balik.

Kadang2 lepas dia balik kerja (kerja2 biasa di kampung), dia hiilang.. rupanya pergi main game di rumah kawan2, pergi lepak sampai 2-3 pagi.

Yang paling saakit hati, mak mertua asyik tanya anak dia mana. Kenapa tak balik lagi. Kan dah kahwin buatlah cara dah kahwin.. Mak mertua boleh bebel kat aku, bukan anak dia.

Bila suami aku balik, aku ajukan pada dia, sebaliknya dia marah Aku, biarlah nak keluar. Kat rumah bukan buat apa. Terkapai-kapai aku nak jawab dengan mak dia.

Kemudian, rezeki suami aku dapat kerja bagus, tapi di luar negeri. Ekoran dengan pekerjaan dia, dia tak boleh nak bawa Aku sekali. Entah, macam2 alasan dia.

Dia sewakan rumah yang berdekatan dengan rumah mak mertua, dia sediakan kereta untuk aku ulangalik jumpa dia, dan semua bil2 utiliti dia uruskan. Dia amanahkan aku duduk di rumah sewa ini.

Ye, seorang diri. Sebatang kara di negeri orang. Aku jarang jumpa suami, boleh jadi 2 bulan sekali, 3 bulan sekali, itupun aku yang drive ke tempat suami.

Aku pernah ajukan biarlah aku duduk dengan famili aku, balik kampung sendiri. Dia tak bagi. Dia cakap nanti susahkan famili buat apa.

Masalahnya aku sorang-sorang kat sini, nak makan minum sorang-sorang. Bergerak beli barang dapur semua sorang. Famili mertua aku pun ada cakap tak takut ke duduk sorang-sorang, kalau kerja kat sini takpelah.

Tapi macam biasa suami aku kata tak payah nak balik kampung, duduk je situ. Free dah semua. Tinggal duduk je. Terasa macam Cinderella pulak, tak pun puteri impian ala yang Amy Mastura berlakon tu. Hahaaa..

Dah 5 tahun macam ni, aku tak kerja, nak kerja biasa2 pun nak hiburkan hati pun suami tak bagi. Aku nak balik kampung suami kata nantilah balik.

Ramai tanya, even famili mertua tanya bila nak Ada anak. Aku tak tahu nak cakap apa kalau kami jumpa, suami pun tak bersama sangat. Bila jumpa boleh jadi bukan waktu subur aku. Aku keliru sekarang nak buat apa. Dia pun tak ada bila Aku perluukan dia.

Aku rasa macam bujang. Even waktu pkp 3 bulan, 3 bulanlah Aku tak jumpa dia. Padahal dia boleh je balik sini, sebab dia dicutikan sementara, tapi dia nak stay jugak di luar negeri.

Sempat je dia balik masa tu sebelum perintah tak boleh rentas negeri dikuatkuasakan tapi dia tak nak. Sekarang dia dah start kerja semula, lagi susah nak jumpa.

Kitaorang dah crai sebelum ni sebab aku luahkan perasaan pasal nak anak. Tapi dia cakap kalau nak anak, pergilah carik orang lain. Nak bersama pun boleh kira dengan jari dalam setahun. Tapi aku takut kalau jadi janda.

Mungkin sebab pada aku dia okay soal lain, dah sediakan rumah untuk Aku berlindung walaupun rumah sewa, kereta tapi bukan atas nama aku, duit belanja 100-200 sebulan (duit untuk aku belanja sukahati), boleh masak, pandai uruskan diri, basuh baju, cuci pinggan & kuali sendiri.

Cuma soal anak je dia melenting. Jadinya aku rujuk balik. Tapi sampai sekaranglah tak ada perubahan. Sampai aku rasa aku ke yang problem tak lekat2. Tapi nak lekat macam mana kalau sebulan sekali je bersama, dua bulan sekali bersama..

Bila aku ajak pergi jumpa doktor, dia tak nak. Dia kata kalau ada rezeki ada lah. Kalau takde, tak pe. Kita berdua je kan dah cukup. Hmm.

Tolong aku. Bantu aku. Aku sunyi sorang2. Kalau ada anak, aku tak kisah duduk sini di tempat orang bersama anak buat teman tidur, teman makan. Korang rasa apa patut aku buat?

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Shara Nour, Bro, bercrai x semestinya xbhgia n ank jd huru hara. U rosakkn jiwa ank u lg prah dgn bsrkn dia dlm keaadaan rmhtgga yg huru hara. Emosi n mntal yg sgt xok. U dah cuba buat yg terbaik, bkn x usaha kan? Makin u beralah makin dia menjadi but this advise dr str0y u not ur wife story..

Bit i blieve u buat kptusan yg tbaik dmi ank u. Jgn krn korg ank tu jd mgsa mntal, emosi n fizikal. Dia nk crai, proceed.. Bg dia rasa apa itu percraian, kesan n tggjwb atas tiap kata2 n laku.

Hasniza Hashim, dengar side suami je ni . Belum dgr side isteri. Kenapa dia berkelakuan begitu. Mesti ada punca., Perempuan ni celah bdah mana ko cari pun tetap sama hakikat seorang perempun .

Kalau satu yang ada pun kau tak mampu cope, ko jgn mimpi over the jump moon. Baca buku man from mars, women from ape tah. Kat situ ada banyak kajian hakikat perempuan dan laki . Fahami dulu hakikat kedua nya. Keperluan dan kehendak lelaki dan perempuna ada berbeza.

Maisarah Arifin, Ramai wanita yang in denial. Kalau takda perempuan macam ni, xkan boleh ada k3s mak deera anak? Ada k3s mak bnuh anak? Ada je perempuan bila arah suami dilepaskan pada anak. Ada je k3s perempuan yang memang cuai tak kira tempat.

Kalau si isteri dah gila talak. Lepaskan je lah. Istikharah la banyak2 mintak petunjuk. Kalau dah xboleh bersama kenapa nak skitkan jiwa masing2?

Anak tak perlu risau, kalau ada rezeki jumpa wanita lagi baik yang boleh jaga anak, xda masalah dah. Jangan cari jenis yang sama sudah, nanti tak pasal2 k3s dra anak. Eh tapi bincang dulu, takut lepas crai isteri xnak bagi hak penjagaan anak.. susah jugak tu.

Siti Haida, Saya faham sbb sy penah berada di tempat isteri encik. Mesti encik menengking atau meninggikan suara pada isteri awak kan masa dia cuai.

Sy pun sejenis cuai kalau bab anak, tp mula mula dlu suami menegur dgn muka masam dan sbgainya buat sy lg menyampah. Kalau tegur elok2 xdenya isteri encik benci cik.. sbb org perempuan ni sikapnya ingin dibelai dan dimanja.

Kalau dah smpai maaki dan menepuk bahu, i dont think yg awak tgur isteri awak elok2. Sbb tu dia stress ng awak. Suami sy walau dia tgur dgn muka masam, tp belum smpai tahap tngking atau pkul.

Tu pun sy dh stress.. tp skg mkin anak dh besar. Umur dkt 3 tahun. Suami dh makin memahami, and tegur elok2 dgn muka manis.. so sy dh berubah and sllau berbincang dr hati ke hati dgn suami cara didik anak. Check balik diri encik. Berbincang elok2 ng isteri..

Nur Eika, Mcm something wrong dengan wife…memang wife tt sedemikian rupakah sebelum berkahwin, atau mula mula berkahwin? Apa pun tt, kalau tak nak wife…pulangkan cara elok, mcm awak ambil dari mak ayah dia tau…

apa pun sebab/ tekanan yang tt hadap, memilih cuurang itu bukan tindakan yang betul…. kalau xboleh didik isteri dah, dah penat usaha perbaiki tapi tak jalan, pulangkan sajalah dia..

tapi jika masih sayang, bertahan dengan sabar itu bukan benda mudah….semoga dipermudahkan tt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*