Aku MulaMenyesal Kahwin Dengan Isteri Kerana Nak BersalinHospitaI Swasta Tapi Duit Aku Habis Sebab Belanja Kawen RM20k Terus AkuNekad

Gambar hanyalah ilusi. Aku berasal dari Melaka. Aku dah kahwin lebih kurang setahun. Isteri aku dulu belajar sama-sama dengan aku di universiti. Kami kahwin suka sama suka. Aku memang betul-betul sayangkan dia dan aku yakin dia pun sayangkan aku. Kami pun merancang untuk meniti bahtera perkahwinan. Kerja aku biasa. Aku tak ada income yang besar. Tapi aku mampu dan pandai menyimpan, merancang untuk kehidupan selepas perkahwinan.

Apabila kami merancang untuk berkahwin, kami mula uruskan satu persatu. Beli barang-barang untuk hantaran. Isteri aku ini memang minat barang-barang yang berjenama. Aku faham, aku layankan sebab aku nak dia happy selagimana bajet aku mampu.

Aku yakin dia pun faham keadaan aku. Jadi kami pun beli barang hantaran sama-sama dan terus terang, cuma untuk barang hantaran dah mencecah RM3000.

Ini tak termasuk cincin nikah, gelang emas yang aku rancang nak belikan untuk dia sebelum berkahwin. Bila kami keluar sama-sama untuk beli cincin, aku pun beritahu dia bajet aku untuk cincin dan gelang emas.

Dia mula ‘argue’ yang aku letak bajet terlalu rendah. Tak boleh dapat yang bagus dengan bajet sebegitu. Aku pun terpaksa naikkan bajet aku semula dan belanja lebih RM3000 juga untuk dua-dua barang kemas tersebut.

Aku agak tertekan sebenarnya. Aku dah cuba jelaskan. Dia yang tak faham dan tak cuba memahami. Tapi, bila kau dah sayang, bukan senang kau nak tolak.

Perkahwinan menjelang tiba. Semua duit simpanan aku lebih kurang RM20k habis untuk bayaran wang hantaran dan barang-barang hantaran.

Aku cuba minta untuk dikurangkan sedikit wang hantaran sebab aku fikir kehidupan lepas kahwin. Tapi macam biasalah, adat melebihi keperluan. Aku pun bayarlah RM15000 wang hantaran.

Untuk majlis sebelah aku, bapa aku taja seluruh majlis kecuali benda-benda macam pakaian dan lain-lain. Aku terpaksa pinjam kakak aku RM3000 untuk urusan-urusan walimah sebelah aku.

Sekarang aku dah kahwin dan dengan izin Allah aku akan menimang cahaya mata dalam sebulan lagi. Aku nak beri isteri aku yang terbaik. Dia suka hspital swasta daripada kerajaan. Tapi aku tak mampu dah. Duit aku habis.

Lepas kahwin berapa banyak belanja lagi. Aku susah nak menyimpan. Lagi-lagi dengan keadaan hari ini yang tak menentu.

Aku sangat tertekan. Aku tak boleh nak balance antara sayang dengan keperluan. Yang aku tak tahan, dalam hati aku mula timbul sedikit sesal berkahwin dengan dia.

Aku tak suka perasaan macam ini, tapi benda tu dah mula datang. Aku tak tahulah dia baca ke tak confession aku ni, aku harap dia baca. Supaya dia boleh fikir.

Aku nak nasihat pada semua pemuda, gadis yang nak berkahwin. Fikirlah masak-masak. Jangan kau orang enjoy sehari tu, tapi kau menyesal nanti. Tak kiralah lelaki atau perempuan.

Memanglah orang akan puji hebatnya majlis kau, cantiknya barang hantaran kau. Tapi pujian tu tak cukup untuk tanggung kehidupan kau.

Sayang kau dekat dia tu tak boleh tanggung kehidupan kau. Berhemahlah. Sebahagian akan cakap jangan lokek dengan isteri ataupun kahwin memang macam tu. Hanya sebab semua orang buat macam tu tak menjadikan benda tu baik.

Aku tak pernah lokek, aku cuma boleh beri ikut kemampuan aku. Semua bakal pengantin, pasngan kek4sih atau sesiapa pun, fikirlah benda ni masak-masak. Jangan menyesal kemudian hari.

Apa reaksi warganet

Sakinah Abdullah, Setuju bab majlis kawen. Kira2 bab kahwen bukan sbb lokek tapi ukur baju di badan sendiri. Perjalanan kewangan lps kawen lagi mencabar sebenarnya. Masih belum terlambat utk berubah.discuss dgn isteri kemampuan awk.

Jgn sbb kita tak mampu nak bincang secara terbuka dengan isteri, rumahtangga musnah.masih belum terlambat pun nak didik isteri. Beranak hspital kerajaan pun ok. Service pun tip top, insyallah.

Hidayu Jamil, Pergh ..all the best la di hari2 mendatang. Baru setahun, pasni byk tahun lg perlu dilalui. Dengan keperluan anak yg heeee memang byk le kena sedia pasni…

Kena terus terang, buka buku bank, akaun bank tunjuk realiti kehidupan korang dan baik sedarkan dia cpt2 yg awak akan tunaikn tjawab awak dgn kemampuan yg ada shj.

Kena belajar bertolak ansur, empati, sikap cepat-cepat saling membantu dlm rumahtangga ni. Kalau tak boleh belajar, kena ajar, kalau tak masakk bro, lebih sedih bila datang “sesal berkahwin dgn dia” tu..cepat2 la rawat dan selesaikan ya. Ni realiti rumahtangga, awak kena hadapi dia dan selesaikan.

Rizal Rodzuan, Begitu la lelaki klu dah syg byk berk0rban, yg asyik fokus oh pengorbanan wanita je lps kahwin seolah2 lelaki takda buat apa2. Ko Bincang la elok2 dgn bini ko, tunjuk buku Bank dsb ckp dah hbs duit psl kahwin dulu, suruh isteri pun krban skit duit ke, rendah kan keperluan bersalin pi hspital kerajaan dsb. Semoga dia bkn jenis yg oh taknak beranak hspital biasa nak yg mahal klu tak, taknak bersalin mcm dulu ada viral.

Adlin Farahin, Kalau isteri confessor baca, akak cuma nak pesan, kalau awak dapat suami yg reti menyimpan, ingat hari kemudian, ketahuilah yg awak sngt beruntung..x ramai lelaki yg akak kenal, ada perangai mcm ni..kalau awk TAK HARGAI suami awk, akak harap awak x menyesal dikemudian hari.

Bersalin swasta memang dengar gah, tp kalau berlaku sebarang komplikasi yg berisiko, mereka akan tolak awk kt hspital kerajaan jugak.

Percayalah dik..lps ada anak nanti, awk kena fikir insurans, pampers, makanan berkhasiat, keperluan menyusu, duit kecemasan kalau anak skit. Sudah2lah berkiblatkan kata2 pujian org..sudahlah. Haaa kan dah ter-membebel..biasa dia ni.

Thia Saidi, Harta benda xmenjamin kebahagiaan.. ada yg banyak duit pun xbahagia. Ada yg sikit duit pun xbahagia jugak. Rezeki dan kebahagiaan bergantung pada hati n effort n tanggungjawab pasngan.

Hantaran n belanja mahal ke murah ke,xdpt beli bahagia jgk. Klu kata sblm kawen dh kenal hati budi masing2. Smua tu xtepat.. lepas kawin baru kita kenal hati budi pasngan masing2 sbb masa tu semua benda kita berkongsi.. jadi yg belum berkahwin pk la masak2 selalu lah berdoa kat Allah supaya Allah kurniakan pasangn yg memahami,

Sentiasa berkomunikasi, bersyukur, bertanggungjawab paling penting.. bila benda dh jadi mcm ni terpaksa la hadap sbb dr awl sanggup kan.

Hanis Hanim, Buat calculation depan isteri. Terangkan yg korang takde simpanan. Pastu ajak dia sama2 fikir macam mana nak save duit utk bersalin di hspital swasta. Selama ni dia pandai mintak duit je, now dia kena involve in the money saving activity. Kalau dia taknak jugak don’t worry, masa dia dah skit nak beranak nanti dia takde option, terpaksa jugak masuk hspital kerajaan.

Anyway ada je hspital kerajaan yg w4d bersalin diorg bagus aka cantik utk instagram picture especially hspital2 baru. Ajak la dia bersalin kat hspital baru, mintak masuk 1st class, ada bayaran tapi takde la melampau macam swasta. Good luck confessor.

Fizah Hashim, kesiannya confessor…jgn di ikut kehendak wife awk tu..spttnya dia memahami dan redha dgn kemampuan suami. Bab awk rajin mnyimpan tu akk salute sgt sbb zmn skrg ssh nk cri yg pndai mnyimpan mcm awk.. spttnya wife awk sujud syukur dpt hsbd mcm awk.

Doa byk2x slps solat mintak dia berubah sikap dan tak menyusahkan suami lg .. bgtau dia ank 1st pg je hsptl gomen jgn ada niat nk pg swasta sbb apa.. apa2x k3s emgency kmplikasi klw berlaku kt swasta akn di hntr ke krajaan jgk akhirnya..jika dia masih berdegil..

Cuba dptkan mana2x ahli perubaatan doktor ker nurse ker atau relative yg tahu psl perubatan yg blh bg pnjelasan mcm ni kt wife awk tu.. biar dia sedar diri sikit .. skrg awk dh nmpk sisi negatif dia ..ada x awk terfikir klw,awk tak mmpu sedia wang hantaran 15k tu adakah dia setuju kwin dgn awk? its too b4d

Kesian akk kt awak.. percaya lah ckp akk..klw betul dia syg awk dia takkan mnyusahkan awk ..cuba 1 hari nnti manalah tahu klw,awk skit x blh bkerja ..adakah dia setia bersama awak..susah senang bersama? akk just suarakan pdpt sbb akk melaluinya ..dan alhmdulillah akk msih setia..

Skrg awk dh kwin dgn dia dh jodoh awak..wlpun sedikit tragis kerana dh terbit sesal kt hati awk..its not a good sign.. kita manusia ..ada Allah..bykkan berdoa ..mnusia ni Allah yg pgg hati ..doakan supaya dia berubah.. apa2x tulisan nasihat psl sifat isteri yg tak blh meminta2x lbih dr kempuan suami tu fwd je ke wasapdia srh baca ..moga dia berubah.

Hajar Musa, kalau aku..aku xmtk demand brg brand2..aku cume mtk die sediakn tmpt tggl,makanan,kenderaa utk bgerak,nafkah belanje..tmpt tggl bkn bermkna nk umh 4 bilik,banglo 2 tgkt..big no..umh seadanye utk kami.kenderaan,for me..ape2 yg sesuai utk p kje.blek kje..yg pnting pndai asingkn nafkah belanje dgn nfkah wajib.

Ini x..itula duit baya bill,itula duit utk ank2,itula duit belanje dapo..last2 utk istri..zero.waima istri pun bkerja,tlong la jgn lps tgn whai suami..psl nk bsalin kt swasta tu.dr abis beribu kt private spital.bek perabih duit utk survive ank2 kelak.ank makin besa makin byk kne belanje tau.tupun klu aku kawen la.

Nurul Syazwani, Nak salahkan ko x baik pulak. Bertabah la. Masa aku nak kawen, bila aku cakap nak cincin sebentuk ja. Bakal mak mertua tekejut, arwh mak tekejut, masa g submit borang di pejabat agama pun ustazah tanya bnyk kali sbb zaman aku kawen pun x main la cincin sebentuk je.

Paling2 pun seutas rantai tangan ye dak? Hantaran? Aku ckp nak buah2 manisan alquran telekung cukuplah. Mcm hantaran bertunang pulak yeee. Tp apadehal. Lepas kawen baaaanyak lagi masa ada (InsyaAllah) utk husband aku beli mcm2 kat aku. Alhamdulillah. Now sikit2 dpt hadiah. Hari guru pun dapat hadiah.

Amimah Samad, Tugas confessor sebagai suami untuk didik isteri tundukkan nafsu duniawi dia tu. Nak hspital private kalau untuk jaga aurat dia pada keadaan tertentu ,itu memang atas kewajipan kamu jikalau mampu. Tapi kalau tak mampu bincanglah hati ke hati.

Cakap terus terang, dan dgn berhikmah insyaAllah kalau kena cara boleh je dia terima. Isteri tu memang jodoh kamu untuk dididik.Bab belanja kahwin tu benda dah lepas, memang takleh undo ataupun undur. Redho jela dah kahwin pun.

Kalau tak didik dia sekarang bab belanja ni, esok dah beranak siaplah pampers anak nak mammy poko, baju nak branded saja. Botol susu, gadget baby semua nak yang mahal. Kalau mampu takpa, kalau take mampu kena bertindak sekarang untuk beri kesedaran pada dia.

Bukan sebab sayang semua diturutkan. Kelak kalau dah hutang keliling pinggang sendiri merana, isteri pun belum tentu mampu bertahan.

Sumber : Lelaki Yang Menyimpan Rasa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*