Dalam diam aku cur4ng dengan suami. Satu malam aku curii2 tengok hp suami. Terbaca satu msg dialek Kelantan dia dengan kawnnya

Foto hanyalah ilusi. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam admin. Nama saya Aisyah. Bukan nama sebenar. 28 tahun. Dah berkahwin, dan ada cahaya mata seorang. Saya mengambil masa yang lama untuk menulis luahan ini.

Rasa perit untuk menceritakan apa yang terjadi kepada saya. Namun, setelah difikir berulang kali, saya rasa perlunya luahan saya ini untuk memberi sedikir pengajaran kepada semua pembaca. Saya percaya, rata-rata pembaca mungkin dari kalangan wanita dewasa yang sedang melalui hidup berkahwin,

atau mungkin juga sedang dalam usaha untuk memasuki kehidupan perkahwinan. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Kami dikurniakan seorang cahaya mata puteri, sekarang berusia 3 tahun. Suami saya sebaya dengan saya. Dia bekerja sebagai seorang jurutera, berasal dari Kelantan.

Manakala saya pula berasal dari Selangor. Kami mula kenal sejak 5 tahun lepas. Ketika sedang melalui fasa mencari pekerjaan. Suami saya merupakan kawan kepada abang saya. Abang saya yang suggest untuk kenal suami saya. Katanya, suami saya adalah lelaki yang paling baik dia pernah jumpa. Dari segi perangai dan agama, dan juga berpendidikan.

Suami saya berasal dari keluarga yang berada dan sangat berdisiplin. Cuma kekurangan suami saya adalah, dia hisp r0kok. Selepas setahun berkenalan, kami putuskan untuk bernikah. Keputusan kami disambut gembira oleh kedua-dua belah ahli keluarga. Pada hari itu, saya berasa sungguh gembira.

Namun, sedikit sebanyak, saya merasa agak risau dan takut. Ini kerana, suami saya tidak tahu bahawa saya sudah tidak ada darra. Dia tidak pernah tanya tentang kisah silam saya. Sedangkan saya selalu stalk dan trace kisah silam dia. Pada waktu itu, saya rasa sungguh benci kepada bekas kekasih saya.

Sedangkan saya tahu, itu juga berpunca dari kesilapan saya sendiri. Semasa hari pernikahan, saya merasa sangat gugup. Apabila saya melihat suami saya tersenyum lebar ketika ingin akad nikah. Saya tidak mampu membayangkan betapa sedihnya dia apabila tahu saya sudah tidak ada darra.

Pelbagai usaha saya lakukan supaya suami tidak tahu yang saya tidak ada darra pada malam pertama. Sehinggalah pada suatu malam, kami ingin bersama. Pada ketika itu, saya cuba meluahkan isi hati saya. Saya cuba memberitahunya tentang kisah silam saya. Namun, dia terlebih dahulu membuka mulut.

“Abang tahu apa yang Aisyah nak bagitahu abang. Abang takkan judge masa silam Aisyah, untuk hidup kita pada masa sekarang.” Saya terdiam apabila dengar suami saya cakap macam tu. Saya langsung tak sangka, sebenarnya suami saya dah tahu tentang hal ni. Saya memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menjaga kesucian saya.

Apa yang membuat saya terharu adalah, suami saya langsung tidak terkesan oleh kisah silam saya. Saya sayang suami saya lebih dari apa sekalipun. Kehidupan kami sungguh bahagia. Kami tidak lagi dihujani apa-apa masalah berat. Kewangan suami yang stabil dan sokongan keluarga belah suami yang sangat kuat membuatkan saya rasa saya adalah wanita yang sangat bertuah.

Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami saya sungguh gembira. Sudah lama dia inginkan seorang anak perempuan. Kasih sayang yang diberikan oleh suami saya memang tidak berbelah bahagi kepada kami sekeluarga. Seluruh ahli keluarga saya, sayang sangat suami saya. Kadang-kadang saya tertanya-tanya,

kenapa Tuhan begitu bermurah hati memberi saya seorang suami yang sangat sempurna. Semuanya kelihatan berjalan lancar, maka Tuhan memberikan kami satu ujian. Pada tahun lepas, bekas kekasih saya mula hadir kembali ke dalam kehidupan saya. Dia hadir sebagai client saya. Kerana saya adalah agent sebuah syarikat kenderraan.

Pada awalnya, kami berhubungan atas dasar business. Namun, dari hari ke hari, bekas kekasih saya mula meminta sesuatu yang lebih sebagai kawan. Saya tidak menceritakan hal ini kepada suami saya. Saya risau dia akan susah hati. Saya yakin yang saya mampu untuk menjaga diri saya. Namun itu cuma kata hati saya, pada waktu itu.

Kami berhubungan selama berbulan-bulan. Lama kelamaan, kami mula jatuh cinta kembali. Tanpa pengetahuan suami saya. Saya mula bersikap kasar terhadap suami. Saya jarang meluangkan masa dengan suami saya. Saya jarang meluangkan masa dengan anak saya. Saya kerap pulang lewat malam walaupun telah ditegur berulang kali oleh suami saya.

Atas alasan kerja. Suami saya bukan jenis yang mengongkong. Oleh kerana saya selalu menceritakan cita-cita saya untuk jadi berjaya, dia mendokong sepenuhnya usaha saya dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya. Mungkin itu adalah tiket kepada saya untuk melakukan hal-hal yang..

terkutuk dengan bekas kekasih saya.. Saya tenggelam di dalam hidup berm4ksiat bersama kekasih saya. Kami mula melakukan hal-hal yang.. Jiwa, hati dan tubuh saya, saya serahkan kepada bekas kekasih saya. Pada waktu itu, tidak terasa sekelumit rasa bersalah pun kepada suami saya.

Kehidupan kami sekeluarga mulai renggang. Suami saya mula menunjukkan rasa tawar hati kepada kepada saya. Mungkin kerana saya kerap balik lewat malam dan selalu outstation. Kami juga telah lama tidak bersama. Kerja rumah saya serahkan kepada suami. Dia terpaksa abaikan kerjanya untuk mengambil anak saya di nursery waktu petang

dan menidurkan anak saya pada waktu malam. Sehinggalah pada 5 bulan lepas, suami saya bersikap sedikit berlainan. Dia mula melayan saya dengan sangat baik. Dia kerap membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat percintaan kami. Dia bawakan kami bercuti ke tempat idaman saya.

Dia curahkan kebahagiaan kepada saya melebihi dari apa yang bekas kekasih saya pernah lakukan kepada saya. Dia buat landskap di tepi rumah untuk saya berehat dan bersantai bersama keluarga. Dia buat home theatre untuk kami sekeluarga bersantai pada hujung minggu. Saya merasa agak pelik dan hairan. Saya mula mengesyaki suami saya.

Apa yang ada dalam kepala saya, adalah mungkin suami saya melakukan sesuatu hal yang menyakitkan hati saya. Saya syak dia ada perempuan lain. Saya mula stalk semua tentangnya. Melalui s0cial media, melalui rakan-rakannya, melalui keluarganya. Apa yang saya jumpa, adalah kosong.

Saya check phone dia. Buka semua apps, tiada. Hanya carian g00gles tentang pembinaan landskap, decorate your home thaetre, tempat peranginan, dan resepi memasak. Suami saya tiada apa-apa sk4ndal dengan perempuan lain. Saya tertanya-tanya kenapa suami saya berubah sikap.

Saya cuba berpura-pura tidur pada waktu malam untuk melihat sama ada dia text someone or not. Pun tiada. Sehinggalah pada minggu lepas, saya cuba buka phone dia balik. Saya tengok semua gambar, call logs. Saya tetap tak jumpa apa-apa. Kemudian.. saya buka imessage. Saya baca satu conversation suami saya dengan kawan baiknya dari kelantan.

Isi conversation adalah dalam loghat kelantan. Apa yang membuatkan saya ingin tahu isi perbualan adalah, kerana ada nama saya di dalam conversation tu. Saya mula baca dari atas. Dan terus ke bawah. Phone suami saya jatuh ke atas katil. Saya rasa sungguh bersalah. Dan terharu. Saya menangis.

Suami saya, mengadu kepada kawannya tentang kecurngan saya dengan bekas kekasih saya. Dia tahu apa yang saya buat selama ini. Setiap ayatnya dalam conversation tu, menggambarkan betapa sedih dan kecewanya dia terhadap saya. Saya rasa sangat berdosa. Rasa sangat tercemar. Suami saya.. dia berusaha untuk menggembirakan saya…

supaya saya dapat melupakan bekas kekasih saya. Dia cuba menghiburkan hati saya. Cuba mengingatkan saya kembali terhadap kisah percintaan kami. Dia berusaha untuk menceriakan rumah kami, supaya saya lebih kerap berada di rumah…. Saya rasa bersalah sangat. Rasa berdosa sangat.

Saya nak minta ampun dan memohon maaf kepada suami saya tapi saya malu untuk mengaku semua benda ni di depannya. Dia mengadu kepada kawannya, dia taknak confront saya tentang kecurangan saya sebab, dia risau akan berakhir dengan percerraian. Dia taknak bercerrai. Dia taknak anak kami hidup dalam keluarga bercerrai berai.

Dia taknak keluarga besar kami berasa sedih atas percerraian kami. Saya menangis, rasa bersalah, berdosa.. saya delete number bekas kekasih saya. Saya tinggalkan dia. Saya nak bersama keluarga saya. Saya nak bersama suami saya.Pada hari selepas tu, saya tengok suami saya, tersenyum melihat saya. Dia peluk saya seolah olah tiada apa yang berlaku.

Walaupun saya tahu, dia sebenarnya tengah patah hati di dalam. Saya rasa tak layak untuknya. Saya malu sangat. Saya putuskan untuk tidak menyentuh hal ni di depannya. Saya akan devote diri saya sepenuhnya kepada suami dan keluarga saya. Saya nak dia tahu, saya dah berubah. Saya akan selamanya di sisinya. Sampai ke akhir hayat.

Reaksi warganet

Fiza mazlan – Cerita ni sama macam cerita Korea My Mister, suami dia tahu isteri dia ada affair. Dia diamkan sebab tak mau la anak dia jadi mgsa pencerraian. Bila Isteri dia tahu yang suami dia sebenarnya tahu dia curang, dia jadi malu dan rasa berd0sa giiler pada suami dia. Tapi suami dia nampak je relaks buat2 Tak tahu,

tapi hati dia sebenarnya dah hancur sebabkan isteri dia dan dia rasa dia tak boleh terima isteri dia semula. Lastly, mereka pilih utk bercerrai. bila dah jadi macamni, kembali bersama pun tak sama macam dulu. Baik cerrai je. Tapi hakikat cerita confessor ni, suami yang macamni punya baik ni,

disisi agama, dia seorang yg dayus. Dah diperkotak katikkan lagi nak terima perempuan tu. Aisyah ni patut rasa bersalah lebih teruk dari ni.

Suhana samad – Allah.. kenapalah kau yang dapat suami sempurna mcm tu? Dikala ramai org lain menderita dgn perbuatan suami.. sedangkan diorg tu org baik2.. maaflah akak nak cakap wahai perempuan mcm kau.. sujud lah kau mohon ampun dan maaf pada suami kau tu.. sblm Allah tarik nikmat bersuami baik..

sujud juga pada Allah supaya diampunkan dosa2 besar yang kau buat.. ya.. kau mmg hina.. maaf lah.. tak mampu nak bg kata2 semangat pada kau sbb 2x dlm hidup kau jadi bdoh.. jgn sampai suami kau pulak diuji dgn perempuan lain.. harap time tu kau boleh bersabar mcmana suami kau pernah bersabar dgn kau.. akhir kata.. bertaubat nasuha lah.

Nur syafarah – this is the most beautiful piece I have read dalam page nie so far. Saya respect suami awak. Saya terharu. Saya tak nak kec4m awak sebab manusia tak sempurna. Yang lebih layak marah awak as manusia adalah suami awak. Dia pun tak marah, siapalah saya.

InsyaAllah, apa awak dah lakukan dengan delete no ex dan x kontek adalah the best. Block terus dia kalau boleh. Suami begitu, ONE IN A MILLION (Dlam usia muda begitu maksud saya). Jaga dia baik2 dengan jaga hubungan awak dengan Allah. Taubat nasuha. Allah sayang awak. Siapakah yg pegang hati suami awak? Yang sangat bertanggungjawab dan berkomitmen.

Dan siapa yang menggerakkan dan mengizinkan awak utk baca mesej suami awak? Semuanya Allah. Allah sayang kita. Saya faham sebab saya sendiri banyak buat dosa dan salah. Keampunan Allah dan daripada orang yg kita sayang tu sangat diharapkan. Manusia, memang kadang2 buat salah. Wish you all the best and all the love in the world.

Mohd farid – cel4ka punya betina.. kesilapan pertama kau adalah kau dah ditebuk sebelum bernikah tetapi suami kau terima dgn hati terbuka. Yg ni kau patut bersyukur! kesilapan kedua kau, dgn kebaikan, kejujuran dan kesetiaan suami kau, kau boleh p mengngkang dgn jantan lain,

bekas kekasih kau yg dah tebuk kau dr awal..Apa yang tak cukup sy4iton? n4fsu binatang apa kau ni? kesilapan terbesar kau adalah kau telah menderh4ka dgn suami kau! j1jik la sy4iton. kenapa kau dilahirkan didunia ini sbg manusia? alangkah baiknya kau dilahirkan sbg binatang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*