I See T@ik Hidung Lain Yang Dikongsi Sharifah Sakinah, Lain Yang Menjadi Perhatian Netizen

Pelakon sensasi terkenal di Malaysia yang sering menjadi perhatian ramai setiap kali memuat naik hantaran di laman sosial iaitu Sharifah Sakinah baru-baru ini berkongsikan foto bersama kekasihnya, Michael Hansen.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia.

Dua kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.

Pada 28 Mac 2015, Sharifah sah bergelar isteri kepada Alif Adha Jamil dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff.

Namun apa yang menjadi perhatian dan bahan ketawa netizen ialah apabila ada penampakan ‘tahi hidung’ di dalam gambar yang dikongsikan oleh Sakinah itu!

Aduhai netizen ni tajam betul mata mereka ya, lihat sahaja respon-respon mereka ini :

Namun Sakinah yang juga menghidapi penyakit kegelisahan melampau (anxiety) dan depresi sejak beberapa tahun lalu tidak membalas komen-komen netizen tersebut.

Memetik laporan media sebelum ini, Sakinah dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang bersama tunangnya itu pada 28 Mei 2021 sempena tarikh lahir mereka bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Sharifah sakinah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*