K3s Svami Cvrang Lagi, Kini GiIiran Rapp3r PuIak, Aman Ra Minta Diberi Ruang

Panas, panas, panas! Baru sahaja reda isu curang pelawak terkenal, Shuk Sahar kini timbul isu berlainan melibatkan seorang penyanyi rap pula iaitu Aman Ra.

Aman bin Jamaluddin (lahir 20 April 1987) atau lebih dikenali sebagai Aman RA merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, komposer, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia.[2] Aman RA mula dikenali sebagai Kraft yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan College Dropouts bersama dengan rakan sekolahnya, Caprice pada 2006. Kumpulan tersebut telah menyertai pertandingan anjuran Astro Hitz, TV Blast Off Musim Ketiga dan telah mendapat tempat kedua.

Penyanyi yang popular dengan lagu Budak Flat itu menjadi bualan hangat warganet selepas seorang wanita dipercayai isterinya mendakwa penyanyi itu berlaku curang menerusi pendedahan di Instastory semalam.

Memetik laporan pihak Harian Metro, pemilik nama Aman Jamaluddin itu memohon agar dirinya diberi sedikit ruang bagi menyelesaikan kontroversi terbabit.

Pegawai perhubungannya, Joe Saiful mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi berusia 34 tahun itu masih belum dapat memberikan sebarang komen mengenai pendedahan yang dibuat oleh wanita tersebut.

“Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.

“Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi,” kata Joe.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain namun tidak mendedahkan status terkini perkahwinan mereka.

Apa kesudahannya? Kita tunggu kenyataan rasmi daripada Aman sendiri ya. Semoga ada penyelesaian terbaik buat mereka

Sumber : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*