NeeIofa Resp0n Dkwaan Kahwin lngkar SOP & BerbuIan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa menjawab dkwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melang gar prosedur operasi standard (SOP).

Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris didkwa melang gar SOP.

Sekali lagi, spekulasi pasangan ini melang gar SOP timbul apabila Neelofa dan suami terbang ke Pulau Langkawi, Kedah selepas beberapa hari melangsungkan perkahwinan.

“Saya pun respek semua orang datang ke sini nak tanya benda sama kepada saya.

“Saya juga nak minta kepada rakan media yang sudah lama saya kenali untuk memberi ruang saya selesaikan perkara ini secara profesional dan peribadi dengan mereka yang berkenaan.

“Saya tak nak ulas panjang-panjang, saya tak mahu mudaratkan keadaan. Bagi saya ruang untuk selesaikan secara baik dan tenang, tanpa tekanan dari mana-mana pihak,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis kolaborasi sandal Fipper dan aplikasi The Noor di Putrajaya sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai dak waan mereka ke Pulau Langkawi untuk lawatan kerja dan berbulan madu, Neelofa mempunyai jawapan tersendiri.

“Segala kerja yang saya lakukan sudah dirancang awal sebulan, atau lebih. Keputusan berkenaan kerja bukanlah dibuat secara spontan.

“Saya ingin menyelesaikan semua perkara berkaitan kerja sebelum Ramadan menjelma, Alhamdulillah semuanya sudah berjaya dilunaskan,” katanya lagi.

Sumber: Xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*