Shuk Sahar Tak Kisah Yang Pernah Meng4ta, Saya Maafkan Anda

“Jadilah kamu seperti mata lebah, yang memandang kepada perkara manis dan indah dan janganlah kamu menjadi seperti mata lalat yang hanya memandang kepada benda-benda buruk,”

Itulah perumpamaan yang digunakan oleh pelawak dan pelakon Shuk Sahar selepas diminta untuk memberi komen mengenai bualan netizen berkenaan kontroversi yang menimpa dirinya pada Januari lalu.

Dalam temubual program Melodi baru-baru ini, Shuk bagaimanapun sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya beliau pernah melukai atau menyakiti hati sesiapa, malah dirinya juga sudah memaafkan netizen yang bercakap mengenainya.

“Pada saya, apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Segala aturan perjalanan hidup kita Allah dah tentukan. Tapi ingat, apa yang berlaku juga adalah pilihan kita sendiri,”

Bekas penyampai radio Hot FM itu juga redha dan menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka selain memohon doa daripada peminat supaya dirinya kembali bangkit.

“Apa yang lepas, biarkan ia berlalu. Saya akan terus hiburkan ada macam dulu-dulu juga,”

Sementara itu, Shuk mengakui beliau masih lagi kuat berdiri untuk meneruskan kerjayanya kerana mempunyai keluarga, isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan.

Dalam perkembangan lain, Shuk memaklumkan beliau bakal terlibat dengan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) Musim Ke-4 yang akan bermula Aidilfitri ini.

Sumber:fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*