Suamiku Guna PenulisanAgama Aku Untuk Dapat GeIaran Ustaz Di FB. Dia MenggataI Dengan Perempuan Cantik, lsteri 0rang DanJanda

Gambar hanyalah ilusi. Aku ustazah sekolah menengah Kerajaan. Sudah berkahwin dan ada beberapa orang anak. Suami aku, aku namakan Ustaz ASY (bukan nama sebenar) dahulu bekerja sebagai ustaz KAFA, kemudian berhenti kerja untuk berniaga tetapi perniagaan lingkup dan sekarang suami tidak bekerja .Suami mengaku dia Ustaz. Aku bukan nak meluah perasaan tentang suami Biawak Hidup.

Aku cuma nak ceritakan yang aku sedih penulisan aku diplagiat suami sendiri. Kalau aku sebut nama suami aku, mesti ramai yang kenal. Friends facebooknya sudah 5 ribu orang. Suami aku ada berpuluh ribu followers.

Modal suami aku adalah kononnya dia penulis Kitab Tafsir Sekian Sekian. Itu sebenarnya penulisan aku.

Suami aku tidak bekerja, 24 jam dengan handphone dan sering memaksa aku menulis cerita-cerita keagamaan untuk status facebooknya

Suami aku sanggup order Food Panda tapi guna duit aku, agar aku siapkan penulisan berkaitan isu-isu semasa yang suami aku mahu sentuh di facebooknya.

Semua penulisan aku, suami aku buat seperti dia yang menulis.

Selepas wabak covid melanda, aku mengajar PdPR dari rumah. Jadi aku mula nampak banyak perkara yang menyedihkan dan mengecewakan aku.

Suami aku pandai bercakap. Dia suka buat perbincangan online. Dia sering dijemput memberi ceramah agama.

Tapi aku kena tulis teks ceramah untuknya dan terangkan pada dia dulu supaya dia faham dan tak salah cakap. Yang aku sedih, aku terdengar beberapa kali suami aku bergurau di ceramah online-nya tentang aku.

“Jangan jadi macam orang rumah ustaz (aku la tu), masak nasi pun hangit. Nak buat macamana orang perempuan ni lemah. Hadap je la. HarHarHar.”

Aku sedih difitnah suami sendiri hanya sebab dia nak tarik followers. Aku pandai masak.

Aku tegur dengan lembut jika suami aku tak mandi berhari-hari kerana sibuk dengan facebook.

Baru-Baru ini suami aku tertidur. Handphone berbunyi. Tertera nama “Tiza B”.

Aku jawab dan suara perempuan bertanya manja “ustazzzz.. bila nak jumpaa lagiiii. rindu.” Nak luruh jantung aku. Sejak bila suami aku jumpa perempuan lain?

Kemudian aku lihat banyak nombor telefon perempuan “Shakila J”, Salmi J, Raihana B, Johana B.. Laila B..

Mula-mula aku tak faham sehinggalah aku call setiap nombor bertanya. “B” maksudnya Bini Orang. “J” maksudnya Janda.

Semua mengaku suami aku si Ustaz Facebook itu gatal dan selalu call mereka malam-malam. Suami aku selalu duduk di luar hisap rkok malam-malam.

Kemudian aku lihat nombor disimpan dengan nama “s0mbong”. “berlagak”, “tete kempis”, aku hubungi juga guna handphone aku sebab nombor itu semua block nombor handphone suami aku.. semua itu adalah perempuan yang reject suami aku.

Mereka kata suami aku gatal, paksa kahwin sebab aku suruh poligami dan apabila mereka tolak, suami aku akan komen mengutuk apa sahaja yang mereka upload di facebook hingga mereka terpaksa remove suami aku atau block suami aku.

Aku tak pernah terdetik nak suruh suami aku poligami. Aku yang tanggung dia sekarang.

Sekarang aku benar-benar rasa skit hati. Aku menyampah tengok muka suami aku.

Aku lambat-lambatkan siap Kitab Tafsir Sekian Sekian dan aku terus berpura-pura tidur jika suami aku suruh aku tulis status untuk fb dia berkaitan agama, sampai suami aku terpaksa copypaste penulisan ustaz lain untuk kekalkan followers-nya.

Aku bertambah kecewa apabila aku menyedari rakan-rakan penulis dari dalam kalangan guru sudah berjaya dalam penulisan atas nama mereka sendiri. Ada sampai terima anugerah dari kementerian.

Aku sepatutnya di situ. Aku sudah tulis banyak tetapi semuanya suami aku tukar kepada namanya.

Hari ini aku sangat-sangat sedih apabila seorang penulis wanita guru sekolah aku kongsi gambar dalam group panitia kami cek bayaran penulisannya dan berniat nak sedekah pada tabung surau sekolah,

Dan dia cerita ada penulis wanita yang popular punya pendapatan lebih banyak berpuluh ribu sebulan hasil jualan buku dan selalu ke luar negara.

Kawan aku bakal ikut penulis wanita tu ke luar negara untuk bawa buku dia. Aku?? Paling jauh suami aku bawa aku ke kampung dia. Duit penulisan aku atas nama dia. Bila dapat bayaran, suami aku belanja kawan-kawan dia. Aku sangat kecewa.

Aku nak bertanya kalian, perluk ah aku letak nama aku pada penulisan Kitab Tafsir Sekian Sekian?? Perluk ah aku minta fasakh??

Aku benci tengok muka suami aku si Ustaz Facebook. Aku nak tengok bolehkah dia menulis lagi tentang agama jika kami berceraai?? Aku dah tak mahu suami aku lagi si Ustaz Facebook.

Aku dah jemu diperbodohkan suami aku sendiri. Aku mahu menulis untuk diri aku sendiri. Aku mahu menulis buku yang ada nama aku.

Aku nak berceraai dengan si Ustaz Facebook. Dia boleh kahwin dengan mana-mana perempuan yang dia simpan nombor telefon.

Soalan terakhir aku, perluk ah aku delete akaun facebook suami aku sebelum aku mohon fasakh??

Tolong aku. Tolong Jawab semua soalan aku. Aku perlu kekuatan untuk keluar dari perkahwinan toksik ini. Aku tak mahu suami Ustaz Facebook. Aku penat.

Ramai terkesima dengan perkongsian ini. Ini antara respon netizen untuk kisah ini.

Azizul.Puan tahu apa yang terbaik buat puan, puan orang bijak pandai. Tak semua orang boleh menulis sebagus puan.

Maka puan perlukn sedikit keberanian, ya sedikit sahaja untuk bertindak dan puan akan cemerlang.

Hidup bukan untuk jadi lilin, jangka hanyatnya singkat. Jadilah lampu LED jimat tenaga boleh terang ramai orang. Kekatu tak menumpang

Nurul. Tolong dedahkan semua. Dapatkan peguam. Kalau perlu heret ke penjara sekali pun. Tolong sayangi diri puan sendiri. Dari hidup bersuami syaitan. Tidak berdosa menjadi janda. Bela hak anak2 dari dapat bapa seperti itu. Puan akan lebih berjaya tanpa dia.

Zamri. Selepas membaca luahan ini. Ia menimbulkan lebih banyak persoalan berkenaan cerita ini. Jika ada keperluan berkaitan pengurusan harta intelek karya tafsir, saya bersedia melihat apa-apa perspektif untuk membantu. Saya Zamri Mohamad, Presiden, Gerakan Penulis Malaysia (MyMove).

Jenny. Daripada dulu sy mmg skeptical dengan org2 yg menggelarkan diri ustaz especially kat media sosial. Some of them ade split personality dan hipokrit.

Mereka akan portray diri mereka ni baik mcm malaikat tp hakikatnya isteri yg tidur sebantal je tau perangai sebenar mereka ni. Tinggalkan lelaki mcm ni, kita ade kerjaya dan pendidikan..jgn sksakan diri hidup dengan lelaki taguna.

Syahirah.Puan pernah tengok movie Crazy Rich Asian?

Puan contohilah karakter Astrid, seorang isteri yang sangat setia, penyayang dan sentiasa di belakang suaminya.

Bila suaminya curaang, suaminya tuduh dialah punca. Suaminya rasa dibayangi oleh kekayaan dan kemasyhuran keluarga isterinya.

Sedangkan Astrid tak pernah berhenti beri sokongan moral/modal..dia sokong apa jua bisnes suaminya.

Last² mereka berceraai.

Ayat dia senang.. “It’s not my job to make you feel like a man”.

Nurul.Teringat movie Big Eyes, tentang suami yang claim kat org ramai hasil lukisan isteri dia tu dia yang buat semua. Last2 si isteri tuntut rights dia balik dekat mahkamah.

Mahkamah suruh suami isteri tu lukis depan semua orang untuk pembuktian. Mmg menggelvpurla si suami tu sebab dia mana reti melukis pun sebenarnya.

Sekali kat malaysia pun ada juga ya jenis gini. Geram saya baca.

Kai. Benda macam ni sebenarnya boleh je expose. Tapi nanti orang kata aib. Walhal ianya lebih kepada jenayah. Mmg ramai sangat ustaz atau influencer yg terkemuka kat media sosial ni ambil kesempatan atas title dan pengruh yg dia ada pd org lain.

Perempuan terutamanya. Bila puan expose kan, yg akan back up pun majoriti perempuan sebab rasanya diorang takkan percaya. Nasihat saya, tak payah tanggung biawak lagi. Love yourself. Kejar cita2 puan.

Izue. Dah la biawak hidup, tak kasi nafkah, gataiii bini orang pun nak mengayat, fitnah & tak hormat isteri, tak mandi berhari2 & tak membantu langsung dlm kehidupan tt, lagi nak tanya perlu angkat kaki ke tak????

Senang kata, dia ada ke takde dalam hidup tt, memang tak bagi kesan apa2, takde fungsi. So carilah kehidupan & kebahagiaan tt dulu tak payah fikir banyak, semoga dipermudahkan

Farah. Nama apa si ustaz fb tu. Marin ada jg sorg ustaz bg salam kt mesenger sy. Tulis nm siap title ustaz. Pensyarah di sbuah universiti agama tersohor sblh pantai timur sana.

Bila sy jwb salam sj nak tgk akai ustaz ni. Dia tanya, tgh buat apa tu. Sy dah tau ni bkn ustaz sbnar. Ni ustaz ulaq dlm semak.

Sy bg intro yg sy dealer aktif jual emas. Kalau nak beli emas blh tanya sy. Sy tak saja2 chat kalau tak ada income. Ms sy berharga mcm emas. Truih sengap.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*