Tak Sangka Lepas Dah Kerja Jadi Benda Ni, Sanggup Tinggal Dengan Mak Mertua Sebab Suami Tak Mampu Sewa Rumah, Lepas Tu Pula Kerja Sebagai Pengasuh Kepada Kakak Ipar

Foto hanyalah ilusi. Saya tinggal rumah Mak mertua, dalam rumah ada adik suami, memang nak keluar bilik kena pakai tudunglah hari-hari, hari-hari saya rasa macam duduk Kat rumah orang, ada yang sama macam saya tak?

Hehee… tak apalah jalani je hidup ni, nak menyewa gaji suami Tak cukup, terima aje lah.. ok sambung.

Saya anak first.

Kak ipar saya nak saya jadikan pengasuh anak dia 2 orang, sebab pengasuh lama dia naikkan rm.50, macam mana taknya pengasuh lama dia naikkan bayaran 50, hantar anak pukul 6, pukul 7 baru Datang ambik, so sekarang dia hantar Kat rumah mak mrtua saya, saya jaga anak dia 2 orang ada masa dia hantar anak yang tua tu sekali ada masa saya jaga 3 orang anak dia.

Dia bayar rm.600, bayar gaji lambat sangat, dah nak dekat 2 bulan baru bayar dia hantar anak dia samalah dengan dia hantar ke rumah pengasuh lama, dia Datang pukul 6 balik kerja mandi sebab time c0vid ni kan, makan terus tengok tv main FB golek gelebang bukan nak ambk anak dia dlu, mana boleh mcm tu kan.

kita sama-sama cari rezeki. Punyalah lama dia nak ambik anak dia, dah ni dekat mahgrib baru ambik anak dia, dahlah saya ada anak kecik juga nak mandi kan anak

Saya lagi segala macam, dulu masa dia hantar rumah pengasuh lama hari Sabtu dia hantar rumah mak mertua Saya, mak mrtua saya yang jaga, sekarang Senin sampai Sabtu Saya jaga, saya sedih sangat dengan sikap dia.

Kadang pagi tu anak dia basah lencun pempers Tak tukar kesian anak dia. Lepas tu makan minum pagi petang kat rumh ni, siap balik kerja, mandi, baju dan kain batik k0tor dia tinggalkan je kat ruang tamu, last2 suruh saya cuci, dahlah baju anak dia saya cuci semua, cuci piring dengan cawan dia minum sorang pun Tak dapat, padahal saya dah bersihkan singki, kadang anak dia berrak dah pukul 7 tu tong cuci lah sendiri.

Ni saya tengah mnyusu anak saya dia sibuk panggil saya cucikan brak anak dia, kesian anak saya tengah menyusu anak saya baru nak lelap saya lepaskan susu menangis dia, kadang hari Tak kerja dia makan rumah Mak mrtua saya yelah mak dia kan…. Lepastu kadang2 Masa dia datang time cuti tu anak dia brak, pempers anak dia pun Tak reti dia buangkan Kat tempat sampah, padahal saya dah siapkan tempat sampah pempers anak2, dia letak Kat atas meja ruang tamu.

Saya sedih sy tak tau nak luahkan Kat siapa, takkan saya sampaikan langsung Kat dia, saya nak jaga hubungan ipar jugak, maaflah ayat berterabur dan panjang sangat, saya nak luahkan aja, saya tak tau nak luah Kat siapa, terimakasih admin.

Reaksi warganet.

Faeizah Abdul Karim – Kalu awk nak jaga ank sil tu, buat perjanjian hitam putih.. Hantar n ambil pukul brpe.. Kalu lambat sejam kena cas rm5.. Semua brg2 keperluan ank sil tu kena sediakan.. Dah buat hitam putih n biar bersaksi.. Ppe nti awk ada hitam putih nye.. Kalu xnak jaga ajak suami pindah.

Yaya Samarra – Jgn lembut sgt, nnti org pijak kepala. Manusia ni bkn bole tgok org baik sikit mula la amik kesempatan. Tak salah nk buat baik tp berpada2. Sesekali kena tegas. Tegur cara baik, tp klo cara baik pun tak jln, sungkupkan kepala dia dgn periuk..Haaa..tu mkn dia.

Siti Fadzilah – Susah jg..nk bersuara lebih3, nnt mk mertua pun terasa..yelah..ank dia kn .x bersuara,sakit hati..jln mudah,awak bgtahu,awak tak mampu jge ank dia..dan berdoa moga suami awak murah rezeki,dapat pindah rumah lain.

Azza Ra – baik awk cri kja sbgai pngasuh kt tmpt sepatutnya.. Bru awk tahu hrga stiap byrn yg sepatutnya… aduh jgn biar diri jdi hmba…kja kt taska.. dpt gaji berpatutan pkl 6 dn 7 tu dh kira ot.. byr lebih… sng la parent dpt awk jga ank dia.. sbb byrn tdk sepatutnya tu kesian la awk ni… sorry to say..sakit hati sy bca luahan kamu mngenai kak ipar ye..sedihnya.

Iza Mk – buat baik org pijak kepala, buat bdoh org mengata, buat cra sebenar minta betulkn keadaan org pulak buat fittnah..cmne.. mulut org.. org yg baik2 ni selalu je kene bli.. lama2 tgklh dia punye berontak tsnami pun kalah.

Bea Adawieyya Yulyulk – Nampak sangat Sis jadi “org gaji” depa..Kalau saya sound direct jer…Lantaklah depa nak kata apa,nak masam muka ke apa.Dah melampau sangat.Cuba dia hantar kat babysitter lain,ada dapat RM600?Bayar,bayar jugak.Tapi jgn jadikan org mcm khdam pulak.Even ipar sekalipun.Tak tahu malu gamaknya.

Liza Jutawan Tuan – Adat menumpang,nk luah serba salah tp better pindah sbb dh dpt duit mengasuh rm600 cukup utk byr sewa.. Dh duduk rumah sewa tulis siap² waktu mengasuh 8jam jika lebih cas rm10 setiap 1jam.. Settle.. Klu kak ipar xsetuju xyh jaga anak dia,ambik upah mgasuh anak jiran je,aman dunia.

Norhidayu M Nasir – Pelik suami nk kawen x tau tngjawab.Spatutnya sblm kawen dh pk cari rumah sendiri sewa x kisah la jnji kaselesaan isteri.Tt plk mcm x der mulut bgtau je la ada ank kecik x larat nk jga. Skylar Harley Alexis – Suruh up Kan gaji rm800..kalau Tak bagitahu Kat dia tolong cuci pingan mangkuk Dan pakaian anak dia sekali.kalau nak sekali pakej..minta harga mcm tu.Jaga dengan ikhlas..bukan jahat..tapi itu yg terbaik..kmu pun dpt belanja lebih..kalau Tak mampu,suruh dia Jaga anak sendiri.

Cik Puan Julieta – Buat baik berpada pada puan. Jangan sampai org ambik kesempatan di atas kebaikan kita. Ada manusia otak dia boleh fikir sendiri dan memahami stuasi org lain.. Ada manusia dia kira kepentingngan diri dia sja tanpa fikir kesusahan org lain.. Manusia jenis mcmni kita kena direct cakap terus terang bg dia paham… Ank itu tngjwp ibubapa sendiri.. Kalo x nak renyah pasal ank ank.. Jgn beranak.

PS Syahirah – Part sis cakap anak nak menyusu tu dia panggil sy rasa panas hati. Sis tolong reti beza eh mana yg lg penting. Anak sdiri kott nak menyusu nak tido. Tak perlu layan lagipun dia dah ada kat rumah. Dah luar waktu jagaan sis. Jgn nak tunjuk bagus semua benda kita nak buat utk orang sampai anak sendiri terabai.

Sy marah kat sis tau part sis tinggal anak sdiri smata nak g basuh berak anak dia. Sis tu kena berkeras dan cerdik sikit. Sis bukan hamba atau bibik kat rumah tu. Kalau dah gduh, senang nak keluar dari rumah tu. Tak guna nak jaga hubungan dgn ipar macam ni. Suami pun bangang. Nak mrah la sy macam ni. Haihh.

Sumber: KRT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*