Tangan mist3ri dekat pengantin perempuan undang perhatian ramai

Kisah ser4m dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan kejadian pelik dialami oleh seorang pengantin perempuan mendapat perhatian ramai.

Ini kerana, dalam pada pengantin perempuan sedang berjalan, kelihatan kelibat tangan yang mengejutkan sesiapa sahaja yang menyaksikan kejadian pelik itu.

Sehingga dalam masa beberapa hari, perkongsian itu menjadi bualan pengguna TikTok yang lain kerana turut sama merasa pelik.

Walau bagaimanapun, netizen juga mengatakan mungkin ada seseorang dibelakang pengantin perempuan berkenaan yang mana tidak dapat dilihat menerusi video.

Tetapi rata-ratanya menganggap ia sangat pelik kerana ada yang tidak dapat melihat tangan seseorang kerana dikatakan tiada bayang.

“Bila pos dekat FB ramai yang komen gambar ni. Baru tengok balik.” Tulis diruangan kapsyen.

Perkongsian pemilik akaun TikTok itu daripada Facebook dimana selepas ramai meninggalkan komen mengundang dia untuk melihat kembali momen tersebut namun ternyata lain pula yang disaksikan.

Malah wargamaya yang menonton juga merasakan ada yang tidak kena dalam video tersebut yang ada merasakan seperti melihat kelibat tangan orang tua.

“Tangan pengantin tu berinaikan, tapi tangan yang belakang tu takde inai lepastu nampak macam tangan orang tua tua right”

“Ada orang belakang tu… husnuzon jela. Haha”

“Macam tangan orang tua…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*