Tengah Live SekaIi Netizen PersoaI Mata Hana Tu, Abu Ke Yg Tvmbuk

Sebelum ini, bekas isteri PU Abu Sufyan, Hana Azra telah memuat naik gambarnya dengan mata mempunyai kesan lebam. Perkara tersebut menjadi bualan kerana ramai tertanya-tanya punca dia mengalami kecederaan.

Namun begitu, Hana memaklumkan tiada apa yang berlaku kepadanya dan meminta orang ramai usah risau serta mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya.

Nafikan tumbuk isteri

Menerusi Intagram PU Abu pula, pendakwah itu telah memuat naik video memaklumkan bahawa kesan lebam dimata Hana bukanlah berpunca daripadanya.

Hal ini dinyatakan olehnya menerusi IG story apabila menjawab soalan-soalan daripada netizen.

Dalam proses bercerai

Selain daripada itu, PU Abu turut memaklumkan bahawa dirinya sedang dalam proses bercerai dengan Hana Azra dan pastinya perkara tersebut mengundang kekeliruan kerana sebelum ini wanita terbabit pernah menyatakan bahawa mereka sudah bercerai.

Hana Azra di mahkamah

Melihat di IG story Hana Azra pula, wanita tersebut ada memuat naik lokasinya yang memeperlihatkan ruangan Mahkamah Syariah Anak Bukit, Kedah.

Dalam kapsyen yang disertakan, dia menulis hanya mampu merancang dan Allah juga telah merancang. Oleh itu, dia berharap supaya perancangan mereka selari dengan perancangan Allah.

Dia juga sempat berharap supaya urusan mereka dipermudahkan.

Terdahulu, PU Abu pernah menggemparkan Tanah Air apabila didakwa menceraikan isteri pertamanya Ain Afini ketika sarat hamil kerana ingin menikahi Hana Azra.

Tidak lama selepas bercerai PU Abu dikhabarkan kembali rujuk semula dengan Ain dan isteri keduanya itu pernah memberitahu sudah berpisah dengan pendakwah tersebut.

Sumber : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*