Xsmpai setahun kawen, dah rasa nk berpisah. Tiba2 t4kut nak ada anak dengan dia. Bila nekad becerrai, xde resp0n dari dia

Foto sekadar ilusi. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua… Saya Maimun, baru berkahwin tidak sampai setahun. Sekarang, di dalam proses pencerraian (tiada respon)… Begini ceritanya,

Saya dengan suami sudah lebih 5 tahun bercinta daripada universiti lagi. Habis belajar pon sama. Habis belajar, kami berdua bekerja dan hubungan masih diteruskan walaupun jumpa dua kali sebulan sebab masing-masing sibuk. Selepas 3 tahun bekerja, kami pon berkahwin sebab duit dah terlebih cukup.

Waktu bercinta, si suami sangat berbeza, sangat sweet, belikan bunga, hadiah, janji macam-macam, true love bagai dan saya percaya yang dia betul-betul cintakan saya. Sebab tu kami bercinta lama tapi kami tiada buat benda-benda tak elok yea!

Sekadar jumpa/dating dekat kedai makan dan borak-borak je. Sebab dia tak pernah buat benda bukan-bukan kepada saya dan hormatkan saya sebagai seorang wanita, saya pun rasa dia okay untuk dijadikan sebagai seorang suami. Kami bertunang tak sampai setahun.

Kami sudah banyak berbincang tentang perkahwinan, hantaran apa? Limitkan perbelanjaan? Nikah buat biasa-biasa je dan duduk di mana selepas tu? Dia okay bila saya cakap duduk di rumah parents saya sementara kami kumpul duit untuk beli rumah. Semua okay, takde masalah.

Lagi satu, saya daripada keluarga berada dan dia biasa-biasa sahaja. Gaji saya pula jauh lagi tinggi daripada dia. Tapi saya tak kisah, asalkan dia rajin bekerja dan bertanggungjawab. Lagipun kami berdua mempunyai ijazah dan keluarga saya pon terima dia seadanya.

Tiada apa-apa masalah… buat masa sekarang. Selepas habis bernikah, semua sweet sahaja sehingga sebulan selepas tu, dia mengaku sepanjang bertunang, dia ada perempuan lain dan terlepas cakap yang dia mahu berkahwin dengan perempuan tersebut.

Of course saya marah (siapa tak marah, siap jumpa parents perempuan tu!). Saya rasa tertipu sebab saya tak pernah nak check handphone dia. Saya ni bukannya jenis check2 handphone and s0cial media dia sebab saya percayakan dia.

Dia minta maaf dan saya maafkan dia tapi saya minta dia betulkan keadaan ni. Dia setuju. Tapi sejak daripada itu, kami asyik bergaduh. Dia berubah, kerap marah, kuat sentap macam pondan dan suka buat benda yang dia tahu saya tak suka. Bila saya ajak berbincang, dia marah dan terus salahkan saya.

Dia cakap saya buang masa dia sebab ajak berbincang. Huh?? Pokoknya, dia tidak boleh diajak berbincang. Kami tinggal berjauhan disebabkan kerja dia, walaupun takdela jauh sangat daripada rumah parents saya. Boleh ulang-alik sebenarnya.

Disebabkan suami saya tak boleh memandu dan tiada kereta, dia pilih untuk menyewa dekat dengan tempat kerja dia walaupun dia dah janji untuk tinggal di rumah parents saya dulu (janji kosong). Kami jarang jumpa, call pon seminit dua je, text pon macam ala kadar, kalau ada apa2 terjadi pada saya, kena settle sendiri.

Sakit? Pergi klinik sendiri, dia tidak akan ada untuk tolong, lagi teruk daripada zaman bercinta dulu. Dia lagi banyak meluangkan masa dia dengan kawan-kawan dia dan makin boros. Beli gajet mahal-mahal tapi kedekut dengan isteri.

Bila bergaduh, dia tarik muka, eg0 dan beritahu saya dia tidak akan meminta maaf sampai berminggu. Hati saya jadi m4ti bila satu hari tu dia marah akan benda remeh yang dia sendiri reka cerita dalam otak dia, Sehinggakan saya menangis teresak-esak di lantai (saya jarang menangis, lagi2 depan orang lain).

Dia pula… duduk atas kerusi main handphone buat b0doh sahaja. Siap tanya, jadi keluar ke tak? Disebabkan dia berubah atau…tunjuk perangai sebenar dia selepas berkahwin, saya jadi takut untuk ada anak dengan orang begini. Takut untuk beli rumah bersama. Saya jadi str3ss dan depr3ss walaupun saya ni jenis happy-go-lucky.

Lepas kahwin, terus depr3ssed teruk dan jadi senyap. Terus-terang, saya tidak bergantung kepada dia dan dia yang banyak beg4ntung banyak kepada saya sebab saya yang carikan dia kerja selepas banyak kali kena reject selepas interview.

Saya drive dia ke sana-sini untuk settlekan urusan dia bertahun-tahun. Walaupun dia cakap, dia akan beli kereta dan drive sendiri (lebih 5 tahun berlalu, tiada perubahan). Dia banyak bergantung pada saya, kawan-kawan dia atau grab sebagai pengangkutan.

Agaknya, disebabkan ini, dia jadi tak bersyukur dan tidak tahu erti tanggungjawab sebab semua sudah disediakan. Tak tahu nak jadi lelaki. Jenis yang dah dapat, buang. Mngsa seterusnya. Bagi orang lain, semestinya mereka akan cakap bersabar dan tunggu dia untuk berubah. Saya dah banyak bersabar dan saya tidak rasa dia akan berubah selagi sesuatu terjadi.

Saya rasa dia perlukan penampar super untuk sedarkan diri dia tapi nanti jadi keganasan rumah tangga pula. Saya rasa saya patut fokus kepada mentl heath saya sendiri sebab sukar untuk saya bekerja dengan kedaan saya sekarang ni. Saya tersangatla str3ss dan depr3ss. Mujur saya ada parents dan family yang penyayang dan supportive.

Saya untung dan bersyukur sebab ada family yang best… cuma tak best sebab dah salah pilih suami. Apa-apa pun, dia cakap dia sudah tiada perasaan kepada saya (bertahun bercinta, perasaan hilang macam tu je, monyet betul!) dan saya sudah meminta untuk dia lepaskan saya. Tiada respon seperti biasa sampai berminggu… – Maimun (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Halimah awi – Bantulah diri mencari kebahgiaan sejati. Dgn segala keindahan yg diberi Allah. Hampiri lah Allah. Kejar lah akhirat sepenuhnya maka dunia akan mengejarmu. Lupakan segala kebaikan yg pernah ditabur kpd lelaki yg tak tau menghormatimu sebg isteri.

Kluar la dr perkahwinan yg menyempitkn otak. Dunia ini luas utk diteroka dlm masa yg sementara diberi Allah. Jgn ratapi duka berlarutan. Bgn lah. Allah akan bg padamu kebahgiaan yg sebenar. Insyaallah.

Puteri pelangi – Kalau masih sayangkan perkahwinan..mintak campur tangan mertua….(kalau mertua jenis neutral).. Kalau tak berjaya dan dia masih dengan eg0 dia.. terpulang pada tt…nak pergi pujuk dia atau terus fail kes ke mahkamah….

Tanya hati betul2…nak yang mana 1…lepas tu action dan jangan pandang belakang… Jangan sedih pasal org lain..sedangkan dia tak kisah pun tentang kesedihan tt..belajar lebih sayang diri dan stop ment4l buuli.
Moga dipermudahkan…aamiin.

Norizan mamat – Salam, Ada dua pilihan. Satu nak berpisah dan kedua nak betulkan keadaan. Jika nak berpisah, betul betul nekad, tak perlu minta dia lepaskan atau bincang nak berpisah. Jarang sangat orang pisah cara baik. Boleh buat aduan ke mahkmah dan proceed dengan peraturan di sana (pilih cara paling mudah).

Jika nak pilih cara kedua, cadangan makcik adalah kena bertolak ansur. Jangan dok ungkit hal dia tak mau dok rumah keluarga kita. Cuba cari rumah sewa dan cuba berdikari sendiri suami isteri. Jgn berkeras dok ungkit janji dok umah parent. Nak beli rumah sendiri bukan setahun dua boleh mampu.

Lepas tu, cuba bergaduh dalam umah sendiri dan meluah perasaan masa tu. Kekadang nak berkomunikasi cara baik tak boleh, bergaduh juga salah satu cara komunikasi. Kita luahkan dan dia juga luahkan apa yg dia tak puas hati. Usaha untuk jadi suami isteri bukan jadi remaja bercinta.

Masak, solat bersama, makan bersama, bergurau dan sebagainya. Jika kita dah buat sehabis baik, tetapi, nasib tak menyebelahi kita, ok, full stop. Kita dah tak perlu menyesal. Kena ingat, kita buat (nak kekalkan rumah tangga) bukan utk orang lain. Bukan utk memikat suami.

Tapi kita buat untuk diri kita. Untuk kebahagiaan hati kita jangka panjang. Lelaki yg kita kawin ni banyak keburukan. Banyak yg kita tak suka. Tapi, macam mana kita nak teruskan bersama tanpa membenci dia ? Tadi pun, pakcik selamba kentut kat makcik.

Geram betul. Tapi… Gitulah… Hahaha… Perkahwinan kekal bila kita tetap sayang dia walaupun kita kekadang marah pada dia. Good luck dan semoga bahagia. Selamat hari raya.

Sumber iium

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*