Zul Ariffin dedah tak tahu Intan Najuwa putus tunang, Saya tak kisah pun ini bukan pertama kali dikaitkan

Pelakon Zul Ariffin tampil menafikan dakwaan dia menjadi punca atau orang ketiga penyebab hubungan aktres Intan Najuwa dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli berakhir.

Menurut Zul, dia tidak mengetahui mengenai status hubungan Intan sebagai tunangan orang dan menegaskan namanya hanya dikaitkan dengan aktres tersebut sebelum ini disebabkan drama lakonan mereka berjudul Setelah Ku Dimiliki (2019).

Bagaimanapun pemilik nama Zulkifli Ariffin ini memberitahu dia sudah lali apabila dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem.

“Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu melibatkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia dah putus.

Intan mengesahkan dia dan Razrul sudah lama berpisah.

“Saya tak tahu pun (Intan putus tunang)… saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang dah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.

“Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan… jadi suka hati la, ” kata Zul kepada mStar.

Zul yang berusia 35 tahun itu ditemui ketika tayangan perdana filem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya pada Isnin.

Terdahulu, Intan mengesahkan hubungan dia dengan bekas tunangnya sudah berakhir dengan menjawab soalan netizen menerusi ‘Ask Me Question’ di Instastory pada Isnin.

Malah pada Isnin, mStar menerima kiriman emel yang mendakwa pelakon berusia 24 tahun itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan Zul Ariffin.

Pada Februari 2020, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu dilaporkan sudah berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

Bekas tunang Intan juga pernah terpalit dengan kontroversi foto mesra Intan dengan hero gandingannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin.

Terdahulu,

Intan Najuwa dedah bukan lagi tunangan orang… Zul Ariffin terpalit kononnya jadi punca
APA masalahnya hubungan cinta dan status pertunangan pelakon Intan Najuwa? Sekejap okay, tiba-tiba dikatakan putus pula.

Namun gosip bertebaran mengatakan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menjalinkan pula hubungan dengan aktor Zul Ariffin.

Namun, bagai mengesahkan khabar angin yang berlaku, Intan dalam satu status di Instastory miliknya pada Isnin mengesahkan dia bukan lagi tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Dia mendedahkan perkara itu ketika berkongsi soalan netizen menerusi ‘Ask Me Question’ yang mendedahkan hubungan itu sudah berakhir.

“Mana tunang you? Lama tak nampak dah hehe,” tanya individu tersebut.

Intan kemudian membalas dia dan bekas tunangnya sudah bahagia serta gembira menjalani kehidupan masing-masing seperti yang pernah diberitahu sebelum ini.

“Alamak… ada lagi soalan ini. Kami berdua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah gembira dengan kehidupan dia. Saya pun dah gembira dengan kehidupan saya.

“Harap selepas ini tak ada soalan ini lagi okay,” jawab Intan Najuwa.

Pada Februari 2020, pelakon berusia 24 tahun itu dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.

Pada Isnin, mStar turut mesej yang mendakwa aktres kelahiran Johor Bahru itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan orang ketiga aktor Zul Ariffin.

Namun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan komen daripada Razrul gagal apabila ahli perniagaan itu tidak menjawab mesej yang dihantar.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*